Friday, November 26, 2010

Cukur Jambul AleesyaAzZahra



15 Hari 
 Aktiviti  : Marhaban dan Majlis Cukur Jambul Aleesya Az Zahra Masa  : Dari pukul 1100pagi sampai malam Tarikh :  7 ogos 2010 , Aleesya Az Zahra 43 hari Lokasi : rumah kami di selayang
Catatan : Khemah ada satu ,Kerusi meja tak sempat pulak aku nak kira, Makanan di tempah khas dari       Restoren D' Maju.Sedap wooo..dan Kepada saudara-mara dan kawan-kawan yang hadir, terima   kasih yer..
             

Khemah yang dihiasi belon
Waktu ini umur Aleesya 43 hari. Aku pulak tingal satu hari je nak lepas pantang. Zaman sekarang, tak ramai yang ikut pantang betul-betul. Gasak la, nanti sendiri yang mau tanggung. Masa pantang, aku kat rumah mak jer. Seronok dan agak bosan. Semua benda orang buatkan. Jadi permaisuri ler aku. Muahahahaha...

Kesian adik aku, anie.. Dia cukup-cukup kena perah tenaga. Bekas PKN, tak per kot. Hmmmm, Dia yang cuci muntut aleesya, dia la cucikan baju aleesya, dia la yang buatkan air untuk aku, makan untuk aku.. Dan mak aku apa kurang nya. bakar tungku kat aku, ikatkan bengkong untuk aku, malah pakaikan stokin untuk aku. Suami tercenta pula, mandikan aku, sediakan pakaian aku dan barang-barang baby. Abah pulak, mandikan si kecil tu. Memang seronok bila di ingat balik. Cucu pertama, anak pertama.. harap-harap yang ke 2, ke 3, ke 4, ke.. mak aih, cukup-cukup ler.. harap-harap untuk anak yang seterusnya pun macam tu juga. Berjalan dengan lancar dan seronok sentiasa.

Marhaban Kampung Laksamana
Eh, citer masa pantang pulak. CUKUR JAMBUL la.. Di pagi yang tak berapa nak pagi, geng-geng marhaban datang untuk buat apa yang patut. Semua old town white coffee. Orang-orang tua. Tapi takla tua sangat. Diorang mengaji, menyanyi.. Mantap sei suara diorang. Kalah Jehan Miskin.. ahakss.. Habis marhaban, masa untuk cukur jambul. Sebenarnya sebelum ni aleesya da cukur semua rambut dia iaitu masa hari ke 15. Jadi, makcik-makcik tu potong sikit sekadar cukup syarat.



Aku pun pusing la bulatan yang diorang buat dan pilih mana-mana makcik yang aku bekenan untuk potong rambut aleesya. Sambil aku berjalan mencari pemangsa yang nak memangsakan rambut aleesya, dorang semua berselawat. Dan sebenarnya, bukan aku yang pilih pun. Cip kat situ yang arah aku perlu berhenti kat mana. Jumlah pemangsa yang memotong rambut aleesya adalah 5 orang. Sebelum cukur, dorang baling dengan beras kuning. Lepas potong rambut pula, dorang suap manisan berupa kismis. Yang si kecik boleh pula bantai tidor. Apa orang buat, langsung tak sedar.Selesai majlis marhaban dan putung jambul, aku pun jemput la mereka makan. Yang best nyer sumer makcik kat situ macam terkejut jer apabila diberitahu akulah ibu kepada baby yang bakal dipotong jabulnya.. hehehhe, aku tak nampak macam orang lepas bersalin. 

Mama h0t
Mak Anggun
Mak aku pun tumpang bangga. Mana tak nya, aku kenalkan mak pada geng marhaban. Kata dorang mak nampak muda jer.. Haksss ptuii.. aku rasa nak gelak guling-guling jer. Huhuhu, mak nak jugak.. Tak per la, bagi chance. Semoga mak sentiasa nampak sihat, muda, bergaya, anggun lagi manggun..

Makanan Lazat Khas Dari Restoren D' Maju

Maulud Yang Penuh Semangat!!
Start tengah hari dan ke atas. Orang mula ramai. Kawan-kawan aku yang dari johor pun datang. BEST!!! Dah lama aku tak jumpa diorang. Bila saudara sebelah suami tercenta sampai, dorang baca maulud. Ini semua  malabari mari tau. Sesiapa yang tak pernah tengok maulud dari malbari team memang rugi. Semangat wooo... Gembira, sedih semua bercampur bila di akhir maulud. Kami semua bersalam-salaman sambil berselawat. Kemudian, makan, makan, makan, dan makan.... sampailah malam.. PENAT dan SERONOK. Aleesya, kamu sangat bertuah tau tak. Syukur pada Allah. Semoga sempai bila-bila pun kamu tetap bertuah sayang.. Dan anak bertuah ni hanya menidurkan diri sepanjang majlisnya. Aku pun tak tahu apa la yang dia penat sangat. Oh ya, semalam aleesya tolong aku mop lantai....

Kengkawan Sekitar KL
Kengkawan Dari Johor
  

 
Suami Tercenta Sebagai Menantu
Aku Sebagai Menantu








K.A.M.I

No comments:

Post a Comment