Tatkala sedih menutupi kalbu
jiwa meronta bergelora
disaat amarah berlegar di hati
mati aku seketika
tidak mampu untuk ku berfikir lagi
yang aku inginkan
yang aku hendakkan
hanya secebis kelonggaran
darimu untukku
21.11.10 jam 8.00pm Aku berada di rumah mak abah. Memang seronok rasa dihati bila dapat berkumpul dengan ahli keluarga. Aku rasa semua orang di dunia ni berperasaan macam aku. Melainkan kalau keluarga diorang ada krisis, mungkin tak gembira kot. Seronok aku tengok abah, mak, anie, muad melayan kerenah aleesya. Dan bila di rumah mak, tanggungjawab aku pada aleesya sedikit kurang. Dan masa kat sini, aleesya mengasah skill-skil meniarapnya dengan bersungguh-sungguh. Yang mak aku pulak, setiap kali aleesya melakukan sesuatu perkara yang baru, mula lah dia menjerit, "Angah, tengok ni apa anak kau buat" . Yang pasti nyer aleesya berjaya buat kami semua teruja muja..
Hari pertama, aku tidur bersama aleesya.. Hari kedua si kecil tu tidur dengan mak abah. Boleh pula pukul 5pagi dia bangun main.. Abah aku la jadi mangsa untuk melayan. Beborak la mereka dengan bahasa yang berbeza..
ekekekeke...
Aktiviti aku dirumah mak abah tak banyak beza nyer bila berada di rumah. Masak, kemas, cuci baju, lipat kain... Entah lah, tapi aku rasa rindu zaman aku sebelum kawin. Rasanya macam belum puas duduk bersama mak dengan abah. Belum puas melayan kerenah adik-adik. Belum puas... Tapi, masa tak boleh patah balik. Apa yang ada, apa yang sempat akan aku buat untuk mereka walaupun tidaklah begitu sempurna. Dan aku berharap mereka faham dan terima seadanya.
Muazzudir a.k.a muad, SPM!! tapi aku tengok dia relax semacam. Yelah, muka orang yang dah belajar memang camtu.
Aku pun tak lepaskan peluang yang ada untuk touch up apa yang patut. Kunun-kunun bagi tips la. Padahal SPM aku bukan la hebat mana. Hahahhahah.. Tak mengapa, apa yang aku tau aku bagitau. Semoga muad lebih yakin dan terbuka minda nya untuk berfikir dengan lebih matang. Ya Allah, permudahkan urusan adikku untuk menjawab semua soalan-soalan dan tenangkanlah hatinya yang confirm ketaq!!
Nak dijadikan cerita, malam senin aku pasar malam miharja. Noraini a.k.a anie ingat gaji dah masuk. Dengan yakin aku pun teman dia pergi cucuk duit kat 7e.Sekali duit belum masuk daa..
So, berjalan-jalan la kami dengan poket kosong. Adoi, baru ingat nak kepow. Tapi takpa, seronok jugak cuci mata. Dah lama aku tak buat kerja macam ni.. ~layannnn...
Esoknya, aku dapat message dari anie. Dia dah bank in duit broadband. INI MAKNANYA GAJI DAH MASUK!!!!
Apa lagi, KFC la jawab nyer. Aku siap pesan pada anie supaya balik awal. Tak mau balik macam hari sebelumnya.. kul 10 malam baru nak balik.. Apa punya anak dara. Sebat 100x baru tau.
Lepas pulun KFC, semua orang bersiap. Nak hantar aku dengan aleesya pulang. Setelah dipersetujui oleh duli-muli kerabat di raja tengku adam, kitorang terus ke Restoren D' Maju. Kat sana melantak lagi.. Mak pula boleh pulak sakit perut. Jadi, tak lama la dorang bunag masa kat D'Maju. Dalam pukul 1030pm dorang pulang.
Dan, aku... pulang la ke tempat yang aku perlu ada. Dan yang pasti, bilik macam tongkang pecah dikerja kan suami tercenta. huwaaaaa...


No comments:
Post a Comment