pagi-pagi ahad mak telefon suami tercenta ajak gi kuala Selangor. Sudahku bilang pada suami tercenta bahawasaya hari nh aku nak tukar sandle aku dan gi hantar barut baby kat selayang.. Hari ni kak mili (kak ipaq daku) admit kat spital Selayang.. Jadi tomorrow aku akan dapat anak buah baru.. yeahhhh!!! Suami tercenta dah kata ok pada mak dan sebenarnya aku tau dia malas nak pergi tukar sandle aku. Dia nak pergi jalan2 tempat lain. Dia mmg xsuka shopping mall.. adoiai.. So, ak tangguhkan hasrat murniku itu.. Macam mna tak suka pun suami tercenta tetap akan kena bawak aku ke sana jugak!! Ini adalah arahan.. Bukan permintaan lagi... ngeeeee....
Nak diceritakanlah mak abah datang ambil kat uma ktorg.. DAh siap smua, ktorg pun bErtolak la dan berhenti jap kat pekan Kuala Selangor tok sarap. Mak abah da sarap kat uma dorg. Aku ngn suami tercenta je belom sarap agi.. ~~Pedih wooo perot... Abes sarap kami semua menuju ke Bukit Malawati.. Nak g atas bukit tu kena naik tren. Ala tren macam kat zoo tu. sorg RM 3. Tapi masa aku pergi ngn mak abah xda pulak banda nh sumer. Hari mggu je kot dia tutup & org ramai MESTI naik tren utk naik ke atas Bukit Malawati. Hari lain ktorg drive naik sendiri jerk.. Xperlah, bEst jugak kekadang berebot naik tren.. kikikiki
Samapi kat atas bukit tu ktorg turun.. Actually daya tarikam kat tempat tu adalah monyet2.. Jinak tu.. Xdelah jahat curi2 barang.. Monyet tu just ambil makanan kat tangan kita..Yang paling seronok and excited adalah ALeesya Az Zahra.. Sapa lagi.. Pecinta haiwan.. Tak takot langsong.. Siap pengang n nak cium lagi.. Hadoi.. Menjerit jugak aku kat situ. Lantok la org nak kata.. Anak aku nak KISS monyet!!! Owh tidak..
Dah puas bg makan n gelak-gelak kat sana, kami pun naik tren turun ke bawah.. Sampai di sini saja trip kami. Tak boleh nak lama-lama coz ada contractor nal datang rumah nak buat piping.. Pastu ktorg g Tanjung Karang cari ikan yang fresh. Sampai sana aku tak turun pun. Anak2 tido. Suami tercenta, mak abah je yang turun.. Abes shopping lauk kami pulang.. Kami lunch kat Country Home je.. Makan ikan stim.. Sedap... dan sempat shoping kat NT shop (jual barang serbaneka). Barang2 kat kedai tu agak murah la..
Lupa plak.. hari nh ada pasar malam.. Nak pergi pun xboleh. Suami tercenta dah keluar. Ada kerja nak diselesaikan.. HAishhh... barang runcit belom beli lagi.. JAm dah kul 8mlm. Sok dia nak kijer pulak. Tp sampai skunk lom balik..
Apepun hari ni seronok... KEpada kak ipaq ku kak mili, take care. Insyallah sumer akan berjalan dengan lancar!!! ~aminnnn...
Showing posts with label jEjALan. Show all posts
Showing posts with label jEjALan. Show all posts
Sunday, April 22, 2012
Wednesday, June 29, 2011
dAh 2 tAHun kami bErsama (5 jUne~6 jUnE)
ngEee.. even purut dah membuyut ia tak menghalang aku tok naik genting tok celeb my 2nd year wedding. Tp my lil baby aleesya az zahra aku tak bawak lar.. Tinggal kan dia ngn tok wan ngn tok mak dia. Bawak kunk rindu pulak org tua tu kat cucu dia. Lagipun aku cam xlarat dah nak kendong baby comel sorang nih.
Sebenarnya tak rancang pun nak g genting. Spupu belah suami tercinta ajak gi sana. Ingatkan pergi balik. Skali tidor sana pulak. Cantek sangat la tu. Aku tak bawak baju pun. Lenggang kangkung je naik genting. Yang suami tercenta pun tak bajet nak tido sana. Gasak la, naseb baik sana sejok ajer. Kalau panas, memang bau tak ingat la.. huhuhuhuhu...
Untuk suami tercenta, aku belikan dia kek dan sehelai baju sempena annivesary kami. Dia terkejut guk sbb dia xbajet aku ada something tok dia. So, besok nyer dia boleh pakai baju baru tok jejalan area genting. Kebetulan.... dan aku lak, pkai bju semalam.. ~ngeeeee....
Besok nyer kami jalan2 kat area genting. Nak main jgn harap la. So di sebabkan kesian kat aku dan di tambah ketidak beranian suami tercenta menaiki benda-benda yang di katakan agak mengarut di sana, kami just pusing-pusing jer. Tapi aku sempat masuk rumah hantu dorg. Best jugak tgk spupu2 macho menjerit sebab tekejut. Hahahha, memang kelakar sangat.. Tp hantu yang nak takutkan ktorg dah di beri warning jgn wat seram-seram sangat. Takot aku terberanak pulak.. hadoi...
Turun KL dalam petang.. Memang penat n letih sangat. But i really enjoy it.. Tp without my lil princess dat day trasa jugak. Xper sayang.. Next time kita p sama-sama yerk!!!
Labels:
fUnctI0n,
jEjALan,
sUAmistERi
Thursday, January 27, 2011
Trip To Cameron
18 Jan 11
First Trip untuk cuti-cuti Malaysia... Sebenarnya xrancang pun banda ni.. tiba-tiba lak suami tercenta nak naik cameron. Aku on aje. Tp yang cedih nya coz tak dapat gi ngan famly aku skali.
Nak wat cmner. kitorang pergi weekdays, bukan weekand. sorry dear Anie, Muat, Mak n Abah.. Nanti kita pi sesama yerk..
Malam tu aku, suami tercenta, baby aleesya bersama Salim & Haslam bergerak ke Bidor. Tidor uma makcik kat sana. Sepanjang perjalanan ke Bidor tu aku ingat tak nak tidor. Tp kalah jugak.. aku telelap. kikikiki.. sorry b, ngantok giler babas. Kesian makcik aku, di sebabkan aku datang dia pulak tidor luar. Aku, suami tercinta ngan baby tidor bilik. Kat uma tu ada dua bilik. Tp lagi satu bilik tu bilik anak dia, Sharif.. Dan makcik aku tak nak pulak tidor kat situ. Entah la aper sebab. kipas kurang mantap kot..
Lepas angkat barang-barang aku teros landing.. ngantok woooo.. tp si kecik boleh lak bantai terjaga.. siap gelak-gelak sambil bebel. Tah apa dia ckp aku pun kurang pasti.. aku pun bia la dia main sensorg.. bila dia start merengek jer aku sumbat susu.. dan dia pun tidor dalam dakapan aku.. yeyy!! Suami tercenta pulak bersama-sama sepupunya bergumbira sambil berchating.Pukul 2 pg baru tidor. Ini takpa lg. Time dorang dtg uma aku, subuh baru nak tidor.. hadoi..
Pagi tu sepatutnya sharif kerja. Biasa la hari selasa, mestila kena kerja. Ntah macam mana tiba2 pulak dia kena serang sakit perot.. So, kena lah MC. kikikkiii.. ~padahal...
sendri mau ingat. Sepupu-spupu datang lepak sekali skala, apa salahnya MC kan.. Ko memang best la Sharif!!! Lepas masak & makan nasi lemak, kitorg pun siap2 tok g naik ke cameron. Adoi, kenapa la jalan nya punya la nikmat?? berpinar pale otak aku. Xda yg lg belit ke jalan dia??
Alhamdulillah la, aku xda nak muntah-muntah pn. 2 kali jugak la berhenti tepi jalan amek angin. fuhhh, peninn dia sampai skunk boleh rasa..
Udara kat Cameron mmg best.. Nyaman & sejuk.. Dah nak sampai tanah rata, kitorg tutup aircond. Bukak cermin. Memang sejuk. Tapi orang kata Cameron dah xsejok macam dulu. Tp, ada aku kesah?? yang aku tau, kat sana memang sejuk. Tekezut aku bila cuci tangan gne air paip kat sana. Rasa mcm cuci tangan guna air sejuk dalam peti ais jer.. gggrrrrr, memang ketaqqqq aku...
Kat sana ktorg lepak kat Tanah Rata. Pastu jejalan kat ladang strawberry kat area situ, pergi Ladang Boh, tgk kilang boh. Masa kat ladag strawberry, diorang bantai cilok buah. Petik, masuk mulut.. Petik, masuk mulut.. Bahagia sungguh rasanya hidup. Pastu org yang tukang jaga kat situ kata, saya xkesah klu nak makan. Cuma nak bg tau. Strawberry tu kena cuci sebelum makan coz semua buah dah di sembur racun. Takut nanti memudaratkan kesihatan.. Hahaha, terkedu kejap diorang.. TERMASUKLAH aku..
huhuhuhuh..
Overall, trip ni memang seronok.
Tp klu nak dok lelama pun tak best jugak. Coz tempat kat sini kebanyakkan sama jer. Teh, strawberry, bunga, kaktus, pasar malam... Tapi aku xsempat nak pergi tengok ladang bunga.. xperla, lain kali... Jadi, pulanglah kami semula ke bidor umah makcik aku.. tidor lagi kat sana.
Besoknya aku jalan-jalan naik basikal pusing kampung.. sangat best. Sejak dah jadi mama ni, aku xpenah naik basikal. Sempat jugat brader-brader bidor tegor2. kikikiki, ada market lg rupanya aku.. ahakssss.
itupun nak citer ker??? Tengah hari tu ktorg g mandi sungai. Best wooo.. Ayer dalam tu. Mandi kat sungai degung. Yang aku agak terkejut, si manja aku rilek jer mandi dalam air sungai yg sejuk tu. siap berenang-renang sambil tepuk-tepuk air.
hmmmm, ada kemajuan.. Kalau tak sebelum ni, baru je rendam kaki n cuci muka dia dah start menggigil.. belum rendam dalam air. sure menggelupur. Tp bila dia da gigil xda la aku nak rendam. Sakit baby aku nanti, aku pulak yang gelupur.
Macam biasa, lepas makan kat uma makcik aku, kitorg pun pulang semula ke Kuala Lumpur.. So, berakhirlah sudah trip beberapa hari di Perak & Pahang.
Pasni gi tempat lain pulak ye suami tercenta.. weeee, xsabar nyer nak cuti-cuti malaysia lagi!!!
Ni aku letak SIKIT gambar-gambar kitorg kat Cameron untuk tatapan.. Saper yang tak pernah gi cameron, sila-sila gi jejak kaki ke sana..
![]() |
| my preciouse |
![]() |
| bersama makcik pakcik & spupu suami |
![]() |
| sharif, salim, suami tercenta VS aleesya |
![]() |
| my tuweet baby |
![]() |
| pagi di Cameron |
![]() |
| strawberry "gergasi" |
![]() |
| view kat Ladang Teh Boh |
![]() |
| mama with baby girl |
![]() |
| beromantik ngan suami tercenta |
![]() |
| aleesya yang kelaparan |
Labels:
jEjALan
Subscribe to:
Posts (Atom)










