Thursday, January 27, 2011

Trip To Cameron

18 Jan 11

First Trip untuk cuti-cuti Malaysia... Sebenarnya xrancang pun banda ni.. tiba-tiba lak suami tercenta nak naik cameron. Aku on aje. Tp yang cedih nya coz tak dapat gi ngan famly aku skali. Nak wat cmner. kitorang pergi weekdays, bukan weekand. sorry dear Anie, Muat, Mak n Abah.. Nanti kita pi sesama yerk..

Malam tu aku, suami tercenta, baby aleesya bersama Salim & Haslam bergerak ke Bidor. Tidor uma makcik  kat sana. Sepanjang perjalanan ke Bidor tu aku ingat tak nak tidor. Tp kalah jugak.. aku telelap. kikikiki.. sorry b, ngantok giler babas. Kesian makcik aku, di sebabkan aku datang dia pulak tidor luar. Aku, suami tercinta ngan baby tidor bilik. Kat uma tu ada dua bilik. Tp lagi satu bilik tu bilik anak dia, Sharif.. Dan makcik aku tak nak pulak tidor kat situ. Entah la aper sebab. kipas kurang mantap kot..

Lepas angkat barang-barang aku teros landing.. ngantok woooo.. tp si kecik boleh lak bantai terjaga.. siap gelak-gelak sambil bebel. Tah apa dia ckp aku pun kurang pasti.. aku pun bia la dia main sensorg.. bila dia start merengek jer aku sumbat susu.. dan dia pun tidor dalam dakapan aku.. yeyy!! Suami tercenta pulak bersama-sama sepupunya bergumbira sambil berchating.Pukul 2 pg baru tidor. Ini takpa lg. Time dorang dtg uma aku, subuh baru nak tidor.. hadoi..

Pagi tu sepatutnya sharif kerja. Biasa la hari selasa, mestila kena kerja. Ntah macam mana tiba2 pulak dia kena serang sakit  perot.. So, kena lah MC. kikikkiii.. ~padahal... sendri mau ingat. Sepupu-spupu datang lepak sekali skala, apa salahnya MC kan.. Ko memang best la Sharif!!! Lepas masak & makan nasi lemak, kitorg pun siap2 tok g naik ke cameron. Adoi, kenapa la jalan nya punya la nikmat?? berpinar pale otak aku. Xda yg lg belit ke jalan dia?? Alhamdulillah la, aku xda nak muntah-muntah pn. 2 kali jugak la berhenti tepi jalan amek angin. fuhhh, peninn dia sampai skunk boleh rasa.. 

Udara kat Cameron mmg best.. Nyaman & sejuk.. Dah nak sampai tanah rata, kitorg tutup aircond. Bukak cermin. Memang sejuk. Tapi orang kata Cameron dah xsejok macam dulu. Tp, ada aku kesah?? yang aku tau, kat sana memang sejuk. Tekezut aku bila cuci tangan  gne air paip kat sana. Rasa mcm cuci tangan guna  air sejuk dalam peti ais jer.. gggrrrrr, memang ketaqqqq aku...

Kat sana ktorg lepak kat Tanah Rata. Pastu jejalan kat ladang strawberry kat area situ, pergi Ladang Boh, tgk kilang boh. Masa kat ladag strawberry, diorang bantai cilok buah. Petik, masuk mulut.. Petik, masuk mulut.. Bahagia sungguh rasanya hidup. Pastu org yang tukang jaga kat situ kata, saya xkesah klu nak makan. Cuma nak bg tau. Strawberry tu kena cuci sebelum makan coz semua buah dah di sembur racun. Takut nanti memudaratkan kesihatan.. Hahaha, terkedu kejap diorang.. TERMASUKLAH  aku.. huhuhuhuh..

Overall, trip ni memang seronok. Tp klu nak dok lelama pun tak best jugak. Coz tempat kat sini kebanyakkan sama jer. Teh, strawberry, bunga, kaktus, pasar malam... Tapi aku xsempat nak pergi tengok ladang bunga.. xperla, lain kali... Jadi, pulanglah kami semula ke bidor umah makcik aku.. tidor lagi kat sana. 

Besoknya aku jalan-jalan naik basikal pusing kampung.. sangat best. Sejak dah jadi mama ni, aku xpenah naik basikal. Sempat jugat brader-brader bidor tegor2. kikikiki, ada market lg rupanya aku.ahakssss. itupun nak citer ker??? Tengah hari tu ktorg g mandi sungai. Best wooo.. Ayer dalam tu. Mandi kat sungai degung. Yang aku agak terkejut, si manja aku rilek jer mandi dalam air sungai yg sejuk tu. siap berenang-renang sambil tepuk-tepuk air. hmmmm, ada kemajuan..  Kalau tak sebelum ni, baru je rendam kaki  n cuci muka dia dah start menggigil.. belum rendam dalam air. sure menggelupur. Tp bila dia da gigil xda la aku nak rendam. Sakit baby aku nanti, aku pulak yang gelupur.


Macam biasa, lepas makan kat uma makcik aku, kitorg pun pulang semula ke Kuala Lumpur.. So, berakhirlah sudah trip beberapa hari di Perak & Pahang. Pasni gi tempat lain pulak ye suami tercenta.. weeee, xsabar nyer nak cuti-cuti malaysia lagi!!!

Ni aku letak SIKIT gambar-gambar kitorg kat Cameron untuk tatapan.. Saper yang tak pernah gi cameron, sila-sila gi jejak kaki ke sana..

my preciouse
bersama makcik pakcik & spupu suami
sharif, salim, suami tercenta VS aleesya
my tuweet baby






pagi di Cameron


strawberry "gergasi"
view kat Ladang Teh Boh
mama with baby girl
beromantik ngan suami tercenta

aleesya yang kelaparan

No comments:

Post a Comment