Wednesday, December 12, 2012

~121212~ ::nice date::

Berabuk sudah blog aku ni.. Banyak sangat sawang.. Hari ni 12.12.12 tarikh yang sangat menarik. Happy Birthday untuk kengkawan yang menyambut birthday nyer pada hari ni... Mesti Syok!

My both baby gurlz still sleeping. My suami tercenta da pergi kerja pukul 7.30pg td dan aku dok tercongok sensorg kat bawah sambil mengadap pc. Tak terasa mengantuk la pulak. Dah biasa kot hari-hari macam gini. 
Kalau lepas satu kerja siap, satu lagi kerja kena siapkan. Kerja xpenah nak abes. Hmm, ni bukan merungut tau. Cuma nak bagitau jer. kikikiki..

Alhamdulilah baby kat dalam perot dah 6m+. Due 24.3.2013.. Jantina masih belom dikenal pasti. Tak scan pun. Suami tercenta xmau scan katanya. Biar surprise.. Xper la, laki ker perempuan ker janji sihat2 sudah. Mintak jauh la apa-apa pun. Tp rezeki tu mai la dekat-dekat yerk. hahahaha... Persiapan tuk baby belom start lagi. Ngee masih ada masa 2 bulan. Tp barang dari kakak nyer dulu ada ler. Yang masih elok boleh la baby pakai. Tapi macam mana pun still mama akan belikan barang-barang baru tok kamu. Amboi, siap besilat dalam perot lagi bila ckp pasal recycle barang. Rileks la baby, jangan la marah..

Okies, Aleesya Az Zahra dah bangun.. Need to stop. Kalau tak nanti dia pun nak join menaip.

Wednesday, September 5, 2012

Update Resume

Adoi, aku nak kejer ke nh??? Haishhh.. Bia betol.. Tapi rasa macam nak kejer. In other part of my self macam malas pulak nak kejer. Dah 3 tahun tak kjer. Camnh la gamak nyer. Mak aku suruh ambil kusus menjahit jer. Nanti boleh tengok anak-anak sekali. Tak payah penin nak cari tukang gaji.

Tapi tu lah.. Kalau nak menjahit, nak kena cari market jugak. Aku macam xbaper nak confident plak..  Macam mna la eh?? Macam-macam la aku nh. Aishhh.. Anak penting, nak kena bekerja pun penting sekarang jugak.. Pelan-pelan kayuh je lah ceq oiiii..

Ya Tuhan, kau permudahkan lah segalanya.. Tunjukkan lah jalan yang terbaik dan termudah untuk aku.. aminnnn...

Raya Empunyer Cerita

Selamat Hari Raya semua!!!  Tak telambat kot nak ucap selamat hari raya.. ngeeee.. Aku nih segala-galanya lambat. Adoi, bila la nak berubah ni... Cerita pasal raya, tahun ni aku beraya kat PERLIS Indera Kayangan.. Kampong belah mak aku. Dah lama sebenarnya aku tak balik perlis. Adalah lebih kurang 2 tahun lebih. Alhamdulillah dengan izin dan kuasa Allah, aku sampai jugak kat sana walaupun hari raya ke 2.. Pagi raya memang kelam kelibut.. Timing xbetul. semua nyer lambat sampai suami tercenta pun ngamok. Mana tak nyer, anak-anak dan dia dah cantek besiap.. Yang aku pulak still busuk masam berhempas pulas kat dapor buat soto. Mintak maaf yerk suami tercenta.. Ngeee, namun macam mna pun kemaafan dan keampunan yang ku pinta pada hari tu sungguh romatik.. Aku rasa xpenah kot di buat org.. kikikiki.. Haisshhhh, memang mengarut kami berdua di pagi raya..

Tapi yang xbest nyer puteri2 ku yang dah comel-comel tak berapa nak sihat.. Demam.. Demam bertambah2 bila kitorg pergi Trolak. Si kecil Aleeyna lagi meraung.. Langsung tak boleh orang sentuh dia sikit. Rimas kot ramai orang. Biasa la, budak kalau dah tak sihat, semua nyer tak kena. Aku je la nak di kepit nyer. Aleesya pun sama jugak demam. Tapi naseb baik dia xterlampau merengek cam adek dia. Kalau tak lagi penin aku. Ingat lepas pergi Trolak kami nak tros betolak ke Perlis. Condition budak-budak tak berapa nak menjadi.. So, kami singgah di Bidor ambil ubat kat sana dan bermalam di rumah makcik Halimah... Alhamdulillah esok nyer sumernyer ok.. Kami pun teroskan perjalanan ke Perlis. tapi setelah beraya di beberapa buah ruma di Perak.. Hahaha, sempat lagi.. Kata raya....

Sampai Perlis petang la jugak.. Dan kami berlepak kan.. Ramai sangat berkunjung kat rumah. Ktorg nak keluar beraya pun xsempat hari tu. Besok nyer g Padang besar, shopping sikit-sikit jer. bajet sangat lari... Keesokan harinya beraya ke tiga2 rumah makcik aku. Habeskan semua sekali sebelum bertolak semula ke Selayang... Suamiku ada kerja nak di siapkan pada hari jumaat. Malam Rabu tu jugak ktorg gerak ke Selayang.. Mak marah, aku tau.. tapi nak buat macam mana.. Insyallah dan alhamdulillah xda pape yang berlaku.. Jangan risau... Love u mak!!!

Kat KL pulak kami sambung  beraya lagi.. Tapi sedih nyer tahun nh ktorg xsempat ambil foto raya bersama-sama.. Sedih nyer.. Dan ini semua salah aku!!!! Huwaaaaaaaa......


Sunday, July 22, 2012

Selamat Menjalankan Ibadah Puasa..

Wah, hari kedua aku berpuasa. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun masih menyusukan si kecik aleeyna az zahra. Dan aku sangat-sangat bersyukur sebab si kecik ni macam tau-tau je mak dia nak puasa dan bekalan susu di badan rasa nya tak cukup untuknya. Tiba-tiba pulak dia nak hisap susu botol..
Sangat bagus!!!

Peningkatan lain yang di tunjukkan oleh cik aleeyna nh, dia dah mula bertatih.. Berdiri dan berjalan!!! Wahhhh... first time aku tengok teruja gile. Asek suruh dia belatih jalan jer.Tapi si kecik tu  ikot mood dan hati dia.. Kadang tu nak kena approach dulu baru nak jalan.. Tapi aku still berbangga dgn si kecik tu. Berjalan sudah, minum susu botol pun sudah....

Bagi kakak nyer, aleesya az zahra pulak... perlakuan dan percakapan nya banyak peningkatan. Pelbagai words dia dah keluarkan. Kadang tu tak paham. Tapi bila dengar dan pahamkan betul-betul ikot keadaan aku mengerti jugak apa yang cuba baby besar nh sampaikan.. Segala apa yang adik nyer buat, dia pun nak buat. Termasuklah merangkak dan bertatih.. Hahahaha, kelakar la anak manja mama sorang ni.. Dia macam takot je kena pinggir bila tiba-tiba semua orang fokus kat adik dia.. Jangan takot manja, kamu tetap dalam perhatian....

Nak citer nh.. Puasa pertama aku try buat oreo cheese kek.. Wah, jadi pulak aku buat.. Sangat seronok kerana aku berjaya buat kek yang aku paling suka CHEESE CAKE!!! Nanti aku nak try buat cappuccino cheese cake lak. Yang seronok dan bangga sangat apabila suami tercenta memuji kek yang aku buat tu macam beli kat kedai.. Kembang kembong aku.. kakakakakak....

Tuesday, May 22, 2012

Wayar Kabel Bukan Makanan

Aku just nak bg tau yang aku sangat bersyukur sebab tuhan bagi yang terbaik utk aku walaupun ianya sukar. Terima kasih sesangat pada family and friends yang mendoakan dan support kami sekeluarga. Kepada baby Aleeyna Az Zahra sayang, teruskan dengan kelincahan dan keaktifan kamu itu. Tapi jangan la jadi pengutip. Semua nak masuk dalam mulut. Haishhh, xpasal-pasal kena buat scoping tok keluarkan kabel wayar tu. Naseb xperlu buat operation. Kalau tak, lagi susah hati la papa kesayangan kamu tu nanti...

Nak cerita panjang pun aku xlarat nak menaip. Masih dalam keadaan letih yang xabes. Pepun Alhamdulillah dapat balik rumah dengan keluarga setelah dua malam berkampung di hospital...

Saturday, May 5, 2012

4th Couple Anniversary

Terjaga aku pagi-pagi bila suami tercenta membuka lampu dan pintu... Huh??? Dia bersiap sedia nak pergi kerja??? What da?? Semalam beria dia kata hari ini dia nak cuti. Tapi tiba-tiba pulak nak kerja. Haishh.. betol-betol mendatangkan kemarahan di pagi buta.. So aku bangun macam biasa nak siapkan mnum suami tercenta.. O'ooo... susu pekat sudah abes.. memang xboleh nak buat apa la..  Malam semalam ngat nak pergi beli barang.. Pastu tak jadi pulak.. hmmmm.... xdapat mnum teh..

Hari ini pukul 11am baru bangun buat sumer benda.. xda mood lar.. ngee, buruk kan perangai??  si kecik aleeyna plak aku SURUH dia tito.. kikiki, mana taknyer celik mata nak main jer.. kena pelok ngn aku sampai dia tido. Yang kakaknya aLeesya ada kat uma mak. Dan tengah aku dok guling atas katil tb2,  received msg from suami tercenta.. msg berbunyi "selamat ulang tahun percintaan semoga cinta kita sentiasa kekal sampai ke mati"... Wahhhh, so touching when i read da msg.. so cute n sweet!!! But then, i still angry.. sO i reply " selamat bekerja"...

Kemas rumah, masak, tidokan baby... yEs sumer dah selesai..  tinggal nak ngemOp jer.. ngee, sangat malas utk itu.. Suami tercenta menelefon.. Hmm, memujuk hati yang luka lara.. Dan memberi sebab dan asbab mengapa dia bekerja sedangkan hari ini public holidy dan di office dia hanya dok melayan fikiran, game dan internet sahaja. cEsss, bukan nyer kerja pun... Tapi aku terima ajelah..  Dan sekarang dok diam2 menunggu suami tercenta pulang...

Nak makan kek!!!! itu balasan dan adiah yg sy pinta.. hahahaha.. Apepun, saya sgt sayang pada kamu.. Terima kasih kerana melayan kerenah kekasih kamu yang macam2 nh selama 4tahun dan yang pasti insyallah selamanya.. 

Saturday, April 28, 2012

updated!!!

wah... sangat letih mengupdate blog.. ngee, finally dapat jugak update blog bagi elok sikit. saya sudah penat sangat.. so tomorrow sambong lagi... Tapi cerita xreti-reti nak update ka?? hahahah.. slow-slow la.. xmor gelojoh mojoh..