Wah, hari kedua aku berpuasa. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun masih menyusukan si kecik aleeyna az zahra. Dan aku sangat-sangat bersyukur sebab si kecik ni macam tau-tau je mak dia nak puasa dan bekalan susu di badan rasa nya tak cukup untuknya. Tiba-tiba pulak dia nak hisap susu botol..
Sangat bagus!!!
Peningkatan lain yang di tunjukkan oleh cik aleeyna nh, dia dah mula bertatih.. Berdiri dan berjalan!!! Wahhhh... first time aku tengok teruja gile. Asek suruh dia belatih jalan jer.Tapi si kecik tu ikot mood dan hati dia.. Kadang tu nak kena approach dulu baru nak jalan.. Tapi aku still berbangga dgn si kecik tu. Berjalan sudah, minum susu botol pun sudah....
Bagi kakak nyer, aleesya az zahra pulak... perlakuan dan percakapan nya banyak peningkatan. Pelbagai words dia dah keluarkan. Kadang tu tak paham. Tapi bila dengar dan pahamkan betul-betul ikot keadaan aku mengerti jugak apa yang cuba baby besar nh sampaikan.. Segala apa yang adik nyer buat, dia pun nak buat. Termasuklah merangkak dan bertatih.. Hahahaha, kelakar la anak manja mama sorang ni.. Dia macam takot je kena pinggir bila tiba-tiba semua orang fokus kat adik dia.. Jangan takot manja, kamu tetap dalam perhatian....
Nak citer nh.. Puasa pertama aku try buat oreo cheese kek.. Wah, jadi pulak aku buat.. Sangat seronok kerana aku berjaya buat kek yang aku paling suka CHEESE CAKE!!! Nanti aku nak try buat cappuccino cheese cake lak. Yang seronok dan bangga sangat apabila suami tercenta memuji kek yang aku buat tu macam beli kat kedai.. Kembang kembong aku.. kakakakakak....

No comments:
Post a Comment