Showing posts with label fUnctI0n. Show all posts
Showing posts with label fUnctI0n. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

dAh 2 tAHun kami bErsama (5 jUne~6 jUnE)

ngEee.. even purut dah membuyut ia tak menghalang aku tok naik genting tok celeb my 2nd year wedding. Tp my lil baby aleesya az zahra aku tak bawak lar.. Tinggal kan dia ngn tok wan ngn tok mak dia. Bawak kunk rindu pulak org tua tu kat cucu dia. Lagipun aku cam xlarat dah nak kendong baby comel sorang nih.

Sebenarnya tak rancang pun nak g genting. Spupu belah suami tercinta ajak gi sana. Ingatkan pergi balik. Skali tidor sana pulak. Cantek sangat la tu. Aku tak bawak baju pun. Lenggang kangkung je naik genting. Yang suami tercenta pun tak bajet nak tido sana. Gasak la, naseb baik sana sejok ajer. Kalau panas, memang bau tak ingat la.. huhuhuhuhu...

Untuk suami tercenta, aku belikan dia kek dan sehelai baju sempena annivesary kami. Dia terkejut guk sbb dia xbajet aku ada something tok dia. So, besok nyer dia boleh pakai baju baru tok jejalan area genting. Kebetulan.... dan aku lak, pkai bju semalam.. ~ngeeeee....

Besok nyer kami jalan2 kat area genting. Nak main jgn harap la. So di sebabkan kesian kat aku dan di tambah ketidak beranian suami tercenta menaiki benda-benda yang di katakan agak mengarut di sana, kami just pusing-pusing jer. Tapi aku sempat masuk rumah hantu dorg. Best jugak tgk spupu2 macho menjerit sebab tekejut. Hahahha, memang kelakar sangat.. Tp hantu yang nak takutkan ktorg dah di beri warning jgn wat seram-seram sangat. Takot aku terberanak pulak.. hadoi...

Turun KL dalam petang.. Memang penat n letih sangat. But i really enjoy it.. Tp without my lil princess dat day trasa jugak. Xper sayang.. Next time kita p sama-sama yerk!!!

Friday, November 26, 2010

Cukur Jambul AleesyaAzZahra



15 Hari 
 Aktiviti  : Marhaban dan Majlis Cukur Jambul Aleesya Az Zahra Masa  : Dari pukul 1100pagi sampai malam Tarikh :  7 ogos 2010 , Aleesya Az Zahra 43 hari Lokasi : rumah kami di selayang
Catatan : Khemah ada satu ,Kerusi meja tak sempat pulak aku nak kira, Makanan di tempah khas dari       Restoren D' Maju.Sedap wooo..dan Kepada saudara-mara dan kawan-kawan yang hadir, terima   kasih yer..
             

Khemah yang dihiasi belon
Waktu ini umur Aleesya 43 hari. Aku pulak tingal satu hari je nak lepas pantang. Zaman sekarang, tak ramai yang ikut pantang betul-betul. Gasak la, nanti sendiri yang mau tanggung. Masa pantang, aku kat rumah mak jer. Seronok dan agak bosan. Semua benda orang buatkan. Jadi permaisuri ler aku. Muahahahaha...

Kesian adik aku, anie.. Dia cukup-cukup kena perah tenaga. Bekas PKN, tak per kot. Hmmmm, Dia yang cuci muntut aleesya, dia la cucikan baju aleesya, dia la yang buatkan air untuk aku, makan untuk aku.. Dan mak aku apa kurang nya. bakar tungku kat aku, ikatkan bengkong untuk aku, malah pakaikan stokin untuk aku. Suami tercenta pula, mandikan aku, sediakan pakaian aku dan barang-barang baby. Abah pulak, mandikan si kecil tu. Memang seronok bila di ingat balik. Cucu pertama, anak pertama.. harap-harap yang ke 2, ke 3, ke 4, ke.. mak aih, cukup-cukup ler.. harap-harap untuk anak yang seterusnya pun macam tu juga. Berjalan dengan lancar dan seronok sentiasa.

Marhaban Kampung Laksamana
Eh, citer masa pantang pulak. CUKUR JAMBUL la.. Di pagi yang tak berapa nak pagi, geng-geng marhaban datang untuk buat apa yang patut. Semua old town white coffee. Orang-orang tua. Tapi takla tua sangat. Diorang mengaji, menyanyi.. Mantap sei suara diorang. Kalah Jehan Miskin.. ahakss.. Habis marhaban, masa untuk cukur jambul. Sebenarnya sebelum ni aleesya da cukur semua rambut dia iaitu masa hari ke 15. Jadi, makcik-makcik tu potong sikit sekadar cukup syarat.



Aku pun pusing la bulatan yang diorang buat dan pilih mana-mana makcik yang aku bekenan untuk potong rambut aleesya. Sambil aku berjalan mencari pemangsa yang nak memangsakan rambut aleesya, dorang semua berselawat. Dan sebenarnya, bukan aku yang pilih pun. Cip kat situ yang arah aku perlu berhenti kat mana. Jumlah pemangsa yang memotong rambut aleesya adalah 5 orang. Sebelum cukur, dorang baling dengan beras kuning. Lepas potong rambut pula, dorang suap manisan berupa kismis. Yang si kecik boleh pula bantai tidor. Apa orang buat, langsung tak sedar.Selesai majlis marhaban dan putung jambul, aku pun jemput la mereka makan. Yang best nyer sumer makcik kat situ macam terkejut jer apabila diberitahu akulah ibu kepada baby yang bakal dipotong jabulnya.. hehehhe, aku tak nampak macam orang lepas bersalin. 

Mama h0t
Mak Anggun
Mak aku pun tumpang bangga. Mana tak nya, aku kenalkan mak pada geng marhaban. Kata dorang mak nampak muda jer.. Haksss ptuii.. aku rasa nak gelak guling-guling jer. Huhuhu, mak nak jugak.. Tak per la, bagi chance. Semoga mak sentiasa nampak sihat, muda, bergaya, anggun lagi manggun..

Makanan Lazat Khas Dari Restoren D' Maju

Maulud Yang Penuh Semangat!!
Start tengah hari dan ke atas. Orang mula ramai. Kawan-kawan aku yang dari johor pun datang. BEST!!! Dah lama aku tak jumpa diorang. Bila saudara sebelah suami tercenta sampai, dorang baca maulud. Ini semua  malabari mari tau. Sesiapa yang tak pernah tengok maulud dari malbari team memang rugi. Semangat wooo... Gembira, sedih semua bercampur bila di akhir maulud. Kami semua bersalam-salaman sambil berselawat. Kemudian, makan, makan, makan, dan makan.... sampailah malam.. PENAT dan SERONOK. Aleesya, kamu sangat bertuah tau tak. Syukur pada Allah. Semoga sempai bila-bila pun kamu tetap bertuah sayang.. Dan anak bertuah ni hanya menidurkan diri sepanjang majlisnya. Aku pun tak tahu apa la yang dia penat sangat. Oh ya, semalam aleesya tolong aku mop lantai....

Kengkawan Sekitar KL
Kengkawan Dari Johor
  

 
Suami Tercenta Sebagai Menantu
Aku Sebagai Menantu








K.A.M.I

Friday, November 19, 2010

Hari Raya Haji



Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha!!! Ini first raya dengan si kecik aleesya dan merupakan 2nd raya dengan suami tercenta. Hari sebelum raya tu aku buat-buat la busy kemas rumah, mop lantai dan berbagai-bagai aktiviti pembersihan. Tergerak la hati nak tukar position tv. Bosan tgk tv tu.. asek dok tempat yang sama jer. untuk alihkan almari tv tu, aku kumpulkan segala kudrat yang ada  tok melakukan satu push yang baik dan mantap... jeng..jeng..jeng.. gerak jugak almari tu. hahhaaa, bukan nyer berat sangat pn. xda la sehebat aku push aleesya keluar. ngeeee...

Tengah-tengah dok layan ngemas sambil tengok cerita si gadis huduh dengang si penyihir tiba-tiba lak ada orang hon dari luar sambil tu panggil-panggil. Rupenyer suami tercenta dengan motor skuter ego berwarna merah.. katanyer motor tu dah di beli nyer.. 2nd hand jer, so xda la mahal mana. Dengan penuh perasaan bangga suami tercenta menyerahkan geran motor tu kat aku. aku pn tgk la geran tu.. yeahhhh!!! pas ni boleh la merempit.... i like..



Sudah abes mengemas aku pun berjalan pergi ke kedai beli bahan-bahan tok masak. Seumur hidup aku, tak pernah pulak aku masak tok hari raya. tapi menu yang aku nak masak takda la susah sangat. Buat KUAH KACANG dengan LONTONG jer. aku masak kuah kacang malam raya dan lontong pagi raya. Paling best sekali, aku terlupa nak beli nasi himpit yang ready made tu. Tensen orang-orang kat rumah. kuah kancang ngan lontong dah siap atas meja, tapi nasi himpit nyer xda.. huwaaaa.. sorry yer suami tercenta n abang majid. Lagi satu hal, ak ingat nasi himpit tu rebus skejap jer. Tengok cara-cara dia rupanya kena rebus lebih kurang 60 minit atau 90 minit. mencanak aku menunggu benda tu nak masak. Lepas masak pulak bukannya boleh terus potong. Benda tu lembek lagi. tunggu ler lagi tok bagi sejuk pulak. Jadi, nak cepatkan proses penyejukan aku rendam nasi himpit tu dalam air.
Nasi Himpit Kuah Kacang

Lembu dah selamat di tumbangkan, tinggal nak di potong-potong dan siat-siat daging nyer ajer. Perot ktorang belum lagi di isi.. Adoi, kesian betol.. Sementara nak tunggu nasi himpit tu sejuk, aku cepat-cepat siap kan aleesya.. suami tercenta pula dah aku siapkan awai-awai. Nak pergi solat la katakan. Suami tercenta recycle baju raya tahun ni aja. Ingat nak suruh pakai baju raya tahun lepas. Boleh pula macam tak muat. hmmmmm, memang aku sangka yang suami tercenta membesar dengan sihat dan kuat.nak bersaing dengan aleesya la tu..Pasangan papa dan anak dah siap. Maka mama nya pula perlu mencantikkan dan menglamourkan diri. Eleh, raya kot.. mesti la kena cantik-cantik kan...
11.00 am, juadah di pagi raya sudah siapsepenuhnya!! Alhamdulillah, Sebuah penantian akhirnya berakhir jua. Air sirap bandung dah tersedia atas meja maka, Apa lagi, melantak time... Berbunga-bunga hati aku bila suami tercenta memuji masakan aku. Walaupun juadah nyer simple, aku percaya tak semua org pernah buat menu ni. Lagipun ini pertama kali aku buat, mestila seronok bila di puji... ABANG MAJID, KAK MILI jom makan sekali!! Perot dah penuh, baru ada tenaga nak bergerak.. Plan seterusnya, pergi menziarahi kubur arwah mak mertua, Esah Osali. dekat sini-sini jer. Semoga roh nya sentiasa di cucuri rahmat. ~aminnn

Nak pergi rumah mak!! Di rumah mak, juadah nye lagi hebat dan pasti nye yumyum yummy.. Ada ketupat palas, rendang ayam, rendang daging dan menu yang aku request.. NASI AYAM. Wahhhh... sangat sedap.. Sebelum gerak ke rumah mak, ktorg tunggu  KAK RAMLAH datang. Katanya on da way dah. Elok jer beberapa minit ktorg balik dari kubur, kak ramlah bersama suami dan anak-anaknyer sampai. Kak ramlah bawak kari ayam, idli (kuih beras kukus), dengan wajik. Dan ktorng makan lagi.. lauk bertambah pula apabila jiran yang korbankan lembu memberi daging korban yang telah siap dimasak.
Inilah  rupa idli 


Jom, pergi rumah mak!!! suami tercenta mengajak. Bestnyer, tak sabar nak makan lagi. Dah sampai uma mak, aku pun salam dan cium mium mak abah.. Macam dah lama tak jumpa pula rasanya. Jelas terpancar kegembiraan diwajah mak abah apabila nampak cucu kesayangan nya sampai.. Aleesya di tatap, di acah oleh mereka.. kalau mengangis pasti aleesya di pujuk, di dukung.. sayang betul mereka pada kamu aleesya.. Sementara mak abah dok melayan aleesya, aku dengan pantas dan tangkas terus mengambil pinggan untuk mengisi perut yang dah sikit penuh dengan nasi ayam. Lebih 45minit lepak-lepak, rombongan keluarga pihak lelaki suami tercenta datang.KAK SHAJIDAH pun ada bersama suaminya ABANG HAMED dan ank bongsunyer, SAKINAH.. Penuh ler rumah tok n tok wan aleesya ni. Dengan riuh rendah nyer, dengan senda gurau nyer. Di tambah pula dengan kedatangan   KAK NOT sekeluarga. Keletah si kecik ALIA BATRISYA, menggamat suasana. 


Ayam pula xcukup... Along yang jadi mangsanya.. Dia yang pergi beli dan dia la yang menggoreng ayam, dibantu oleh assistance nyer miss ZURIN.. Terima kaseh Zurin kerana meringankan tulang tangan dan peha membantu ktorg.

Masa berlalu dengan pantas sekali. Perghh, dah nak malam dah. Rombongan yang datang pun nak beransur pulang. Aku ingat ktorg balik lambat sekali. Rupanya suami tercenta mengeluarkan arahan. BALIK!!! huhuhuhu, rupanya KAK RABIAH nak datang rumah. Sebelum pulang, aku sempat tapau apa-apa yang patut. Suami tercenta sempat request tapau katupat pulut dengan rendang daging.. Memang marvelous la rendang yang mak buat. Buat mak abah, Selamat Hari Raya. Terima kasih masak kan nasi ayam tu. Nanti lain kali anak mu datang lagi menjengokmu bersama si kecik, aleesya motty.. 

Malam sudah berlabuh tirai.. Aku memang sangat letihtetapi hari ini sungguh menyeronokkan. Walaupun  Hari Raya Korban tidak semeriah hari Raya Aidilfitri, tapi aku tetap merasainya. Bekorban apa saja, harta ataupun nyawa....