Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha!!! Ini first raya dengan si kecik aleesya dan merupakan 2nd raya dengan suami tercenta. Hari sebelum raya tu aku buat-buat la busy kemas rumah, mop lantai dan berbagai-bagai aktiviti pembersihan. Tergerak la hati nak tukar position tv. Bosan tgk tv tu.. asek dok tempat yang sama jer. untuk alihkan almari tv tu, aku kumpulkan segala kudrat yang ada tok melakukan satu push yang baik dan mantap... jeng..jeng..jeng.. gerak jugak almari tu. hahhaaa, bukan nyer berat sangat pn. xda la sehebat aku push aleesya keluar. ngeeee...

Tengah-tengah dok layan ngemas sambil tengok cerita si gadis huduh dengang si penyihir tiba-tiba lak ada orang hon dari luar sambil tu panggil-panggil. Rupenyer suami tercenta dengan motor skuter ego berwarna merah.. katanyer motor tu dah di beli nyer.. 2nd hand jer, so xda la mahal mana. Dengan penuh perasaan bangga suami tercenta menyerahkan geran motor tu kat aku. aku pn tgk la geran tu.. yeahhhh!!! pas ni boleh la merempit.... i like..

Sudah abes mengemas aku pun berjalan pergi ke kedai beli bahan-bahan tok masak. Seumur hidup aku, tak pernah pulak aku masak tok hari raya. tapi menu yang aku nak masak takda la susah sangat. Buat KUAH KACANG dengan LONTONG jer. aku masak kuah kacang malam raya dan lontong pagi raya. Paling best sekali, aku terlupa nak beli nasi himpit yang ready made tu. Tensen orang-orang kat rumah. kuah kancang ngan lontong dah siap atas meja, tapi nasi himpit nyer xda.. huwaaaa..
sorry yer suami tercenta n abang majid. Lagi satu hal, ak ingat nasi himpit tu rebus skejap jer. Tengok cara-cara dia rupanya kena rebus lebih kurang 60 minit atau 90 minit. mencanak aku menunggu benda tu nak masak. Lepas masak pulak bukannya boleh terus potong. Benda tu lembek lagi. tunggu ler lagi tok bagi sejuk pulak. Jadi, nak cepatkan proses penyejukan aku rendam nasi himpit tu dalam air.Lembu dah selamat di tumbangkan, tinggal nak di potong-potong dan siat-siat daging nyer ajer. Perot ktorang belum lagi di isi.. Adoi, kesian betol.. Sementara nak tunggu nasi himpit tu sejuk, aku cepat-cepat siap kan aleesya.. suami tercenta pula dah aku siapkan awai-awai. Nak pergi solat la katakan. Suami tercenta recycle baju raya tahun ni aja. Ingat nak suruh pakai baju raya tahun lepas. Boleh pula macam tak muat. hmmmmm, memang aku sangka yang suami tercenta membesar dengan sihat dan kuat.nak bersaing dengan aleesya la tu..
Pasangan papa dan anak dah siap. Maka mama nya pula perlu mencantikkan dan menglamourkan diri. Eleh, raya kot.. mesti la kena cantik-cantik kan...
11.00 am, juadah di pagi raya sudah siap
sepenuhnya!! Alhamdulillah, Sebuah penantian akhirnya berakhir jua. Air sirap bandung dah tersedia atas meja maka, Apa lagi, melantak time... Berbunga-bunga hati aku bila suami tercenta memuji masakan aku. Walaupun juadah nyer simple, aku percaya tak semua org pernah buat menu ni. Lagipun ini pertama kali aku buat, mestila seronok bila di puji... ABANG MAJID, KAK MILI jom makan sekali!! Perot dah penuh, baru ada tenaga nak bergerak.. Plan seterusnya, pergi menziarahi kubur arwah mak mertua, Esah Osali. dekat sini-sini jer. Semoga roh nya sentiasa di cucuri rahmat. ~aminnn
Pasangan papa dan anak dah siap. Maka mama nya pula perlu mencantikkan dan menglamourkan diri. Eleh, raya kot.. mesti la kena cantik-cantik kan...11.00 am, juadah di pagi raya sudah siap
sepenuhnya!! Alhamdulillah, Sebuah penantian akhirnya berakhir jua. Air sirap bandung dah tersedia atas meja maka, Apa lagi, melantak time... Berbunga-bunga hati aku bila suami tercenta memuji masakan aku. Walaupun juadah nyer simple, aku percaya tak semua org pernah buat menu ni. Lagipun ini pertama kali aku buat, mestila seronok bila di puji... ABANG MAJID, KAK MILI jom makan sekali!! Perot dah penuh, baru ada tenaga nak bergerak.. Plan seterusnya, pergi menziarahi kubur arwah mak mertua, Esah Osali. dekat sini-sini jer. Semoga roh nya sentiasa di cucuri rahmat. ~aminnnNak pergi rumah mak!! Di rumah mak, juadah nye lagi hebat dan pasti nye yumyum yummy.. Ada ketupat palas, rendang ayam, rendang daging dan menu yang aku request.. NASI AYAM. Wahhhh... sangat sedap.. Sebelum gerak ke rumah mak, ktorg tunggu KAK RAMLAH datang. Katanya on da way dah. Elok jer beberapa minit ktorg balik dari kubur, kak ramlah bersama suami dan anak-anaknyer sampai. Kak ramlah bawak kari ayam, idli (kuih beras kukus), dengan wajik. Dan ktorng makan lagi.. lauk bertambah pula apabila jiran yang korbankan lembu memberi daging korban yang telah siap dimasak.
Jom, pergi rumah mak!!! suami tercenta mengajak. Bestnyer, tak sabar nak makan lagi. Dah sampai uma mak, aku pun salam dan cium mium mak abah.. Macam dah lama tak jumpa pula rasanya. Jelas terpancar kegembiraan diwajah mak abah apabila nampak cucu kesayangan nya sampai.. Aleesya di tatap, di acah oleh mereka.. kalau mengangis pasti aleesya di pujuk, di dukung.. sayang betul mereka pada kamu aleesya.. Sementara mak abah dok melayan aleesya, aku dengan pantas dan tangkas terus mengambil pinggan untuk mengisi perut yang dah sikit penuh dengan nasi ayam. Lebih 45minit lepak-lepak, rombongan keluarga pihak lelaki suami tercenta datang.KAK SHAJIDAH pun ada bersama suaminya ABANG HAMED dan ank bongsunyer, SAKINAH.. Penuh ler rumah tok n tok wan aleesya ni. Dengan riuh rendah nyer, dengan senda gurau nyer. Di tambah pula dengan kedatangan KAK NOT sekeluarga. Keletah si kecik ALIA BATRISYA, menggamat suasana.
Ayam pula xcukup... Along yang jadi mangsanya.. Dia yang pergi beli dan dia la yang menggoreng ayam, dibantu oleh assistance nyer miss ZURIN.. Terima kaseh Zurin kerana meringankan tulang tangan dan peha membantu ktorg.
Ayam pula xcukup... Along yang jadi mangsanya.. Dia yang pergi beli dan dia la yang menggoreng ayam, dibantu oleh assistance nyer miss ZURIN.. Terima kaseh Zurin kerana meringankan tulang tangan dan peha membantu ktorg.Masa berlalu dengan pantas sekali. Perghh, dah nak malam dah. Rombongan yang datang pun nak beransur pulang. Aku ingat ktorg balik lambat sekali. Rupanya suami tercenta mengeluarkan arahan. BALIK!!! huhuhuhu, rupanya KAK RABIAH nak datang rumah. Sebelum pulang,
aku sempat tapau apa-apa yang patut. Suami tercenta sempat request tapau katupat pulut dengan rendang daging.. Memang marvelous la rendang yang mak buat. Buat mak abah, Selamat Hari Raya. Terima kasih masak kan nasi ayam tu. Nanti lain kali anak mu datang lagi menjengokmu bersama si kecik, aleesya motty..
aku sempat tapau apa-apa yang patut. Suami tercenta sempat request tapau katupat pulut dengan rendang daging.. Memang marvelous la rendang yang mak buat. Buat mak abah, Selamat Hari Raya. Terima kasih masak kan nasi ayam tu. Nanti lain kali anak mu datang lagi menjengokmu bersama si kecik, aleesya motty..





No comments:
Post a Comment