Wednesday, December 1, 2010

Oh, TIDAK!!


Kenapalah aku ni cuai sangat!!!!! Baru je malam sebelum kejadian mak pesan. "Jaga-jaga letak aleesya dekat atas katil. Dia dah pandai berguling". Esok pagi nya, tengah aku bz kemas dapur si kecil menangis. Punya lah kuat suara dia. Macam lipas kudung aku belari masuk bilik.. Tengok-tengok dia dah kat atas lantai. Bila dia terpandang muka aku, lagi kuat dia menangis..

Masyallah, aleesya... macam nak tercabut jantung aku. Dengan penuh kasih sayang bercampur takut aku pun pujuk dia sambil gosok-gosok kepala dan badan dia. yang pasti dia masih terkejut dan dalam kesakitan. Huhuhu, maaf kan mama sayang. Kenapalah aleesya golek-golek sampai jatuh katil ni. Masa duduk sensorang la, dia nak buat projek. Masa mama depan mata, xda la pulak nak tunjuk skill guling-guling dia tu.

Aku terus telefon suami tercenta. Dan, aku pun di basuh serta di cuci dengan sebaik mungkin dari suami tercenta. Tak sampai 5 minit, suami tercenta kat depan mata. Aleesya pula, dok gelak-gelak layan perasaan. Nak pandang muka suami tercenta pun takut. huhuhu.. iya, semua salah aku. Baby court beli sampai beratus-ratus, tapi tak nak guna.

Al kisahnya masa aku tinggal kan aleesya atas katil, dia tengah tidur. Kedudukan dia pula, memang aku letak jauh dari tepi katil. Tapi pengiraan aku salah pula. Adoiai.. Benda-benda ni mungkin dapat di elakkan dari berlaku kalau aku :

1. Paling selamat, letak terus dalam baby court
2. Masa dia tidur, aku bedung dia. Takda la dia gulin-guling
3. Jadikan bantal sebagai pengadang di kiri dan kanan nya.
4. DAN jangan tinggal kan dia sensorang atas katil!!!!



Memang menyesal tak sudah aku. Bejol + Biru dahi anak aku. Aku risau juga, kekalau darah beku. So, di malam hari nya, pergi la aku ke klinik kesukaan kami sekeluarga iaitu klinik sri indah. Alhamdulillah doktor haZirah kata tak ada apa-apa.Cuma Dahi tu kena tuam dengan ais. Lepas jatuh, aleesya masih sedar, tak muntah, dan tak ada darah mengalir dari mana-mana celah badan dia. Aku bersyukur sangat dan harap aleesya selamat dan sihat selalu. Kalau jadi apa-apa kat dia, huhuhuhu.. menangis tak berlagu aku


Bila berita hangat ni sampai ke pengetahuan mak abah aku.. Dan lagi sekali aku dicuci dan dibasuh.. dengan mak dan anie. PADAN MUKA AKU!!! Aku tak dapat bayangkan macam mana la aleesya boleh jatuh dan macam mana dia land kat lantai tu.. dah la katil agak tinggi n direct hentam lantai marmar tu. lantai pula xda lapik kapet pun.. 

Maaf sayang.. 
mama kamu sangat cuai. Lepas ni insyallah mama pastikan kejadian macam ni tak berulang lagi. Yang pastinya, Allah selalu lindungi aleesya seperti maksud nama nya.. sampai bila-bila ~aminnn.. 


LOVE  you sooo much  ALEESYA AZ ZAHRA

No comments:

Post a Comment