Kami ada rancang nak berpindah. Cari punya cari, punya cari, dapatlah satu rumah yang kedudukan agak strategik kat selayang tu. Rumah tu Ada dua bilik, dekat dengan kedai dan berhadapan dengan surau. Harga setelah di runding tuan rumah nak RM 450. Aku pun tengok jugak keadaan rumah tu. OK, rumah baru la katakan. Tapi yang xbestnyer dia nyer bilik air kat belakang dari dapur dan terbuka pula tu. Tapi tuan rumah buat grail la tutup tak nak bagi orang masuk. Masak la aku kalau lepas mandi. Nak kena pakai baju pulak dalam bilik air. Nak keluar ke bahagian tu pun xboleh nak seksi-seksi. Naye jer kalau orang skodeng.
Dalam dok tengah susah hati dan half-half nak ambil rumah tu ke tidak, tiba-tiba pulak tercetusnya satu idea yang mungkin memberi keuntungan pada beberapa pihak. OBVIOUSLY, pihak aku ler... Ekekeke... Untuk pengetahuan korang,Abang Majid tengah buat rumah dua tingkat kat belakang rumah yang aku tengah tinggal sekarang ni. Abang Majid nak sewakan rumah-rumah tu bila siap nanti. Situlah tercetusnya idea yang macam bernas tu. Dari kami susah-susah cari rumah sewa, lepas tu kena bayar sewa, ada contract pulak, pastu nak kena bayar deposit lagi... baik kami duduk umah kat belakang tu. Abang Majid buat rumah dua tingkat, empat pintu. Setelah berbincang dan dipersetujui oleh duli-duli kerabat di raja maiden, kami bersetuju untuk mengambil rumah di tingkat atas dan bahagian bawah di sewakan kepada sesiapa yang berminat.
Kesian tukang buat rumah tu. Elok-elok je nak siap, kena pecah balik. Dua pintu kat atas tu kami gabung jadi satu rumah.. So besarlah sikit. Seronok aku jadi arkitek. Buat macam ni lah, itulah, tandas kat sinilah, dapur lah... Sampai ke tidur pun masih dok pikir pelan rumah. SEMANGAT BETOL!!! hahahahaha...
Setelah puas perah otak, dan adanya penggabungan idea-idea dari aku, suami tercinta, abang majid dan sikit-sikit dari tukang buat rumah maka sebulat suaralah kami dengan keputusan tersebut. Memang pening la kepala mandur tukang buat rumah tu dengan kami. Sabor jelah... Dan sekarang rumah tengah dibina dengan pelan yang telah kami rancangkan. Tak sabar rasanya nak tengok rumah tu siap.
Kerja kami laki bini belum abes di sini. Kami kena cari tiles, lampu, dan kena pikir nak berapa banyak nak pasang plug, suis, paip dan macam-macam lagi. Tadi aku semangat bersiap nak pergi tengok tiles showroom kat selayang tu. Sekali tempat tu dah tutup?? mak ai, cepat betul?? pukul 5.30 da tutup. Siot jer.. MENCI, MENCI,, MENCI!!!!! Esok pula, public holiday untuk semua orang yang bekerja di selangor. Sultan Selangor punya besday la pulak. Hari Ahad memang tempat tu closed!!! Jadi, hari isnin je la dapat pergi.. huwaaaaa.... Takpala, sabar separuh dari iman. Tapi, tak pikir lak aku punya berkobar-kobar macam mana pula...
Pulang la kami ke rumah dengan hati yang paksa rela. KAMI ke, atau aku SORANG?? huhuhu.. Sampai rumah, aku mandikan si manja kecil aku. Pastu bagi dia susu. Dan dengan kuasa yang ada pada susu tu cukup membuatkan aleesya tidur sampai sekarang. Ermmm, sekarang dah pukul 10.33pm. Aleesya ada jugak terjaga kejap-kejap. Tapi, sumbat susu, dia sambung tidur balik. Bertuah aku dapat anak macam aleesya.. Syukur alhamdulillah dia tak banyak kerenah.
Lagi sekali aku tunggu makanan dari suami tercenta.. Aku order nasi gorang ayam... Adoi, bila la dia nak balik ni. Jangan dia lepak sampai kedai tutup sudah. Tidur dalam kelaparan la aku. Cedih nyer bunyi..
Mak, ANGAH LAPAR!!!!!! Nak masak malas.. huhuhu. Aku xda mood dan tak tau nak masak apa. Labat lagi ker?? Aku dah mengantuk tahap gaban ni. Ok la readers, aku mengundurkan diri dulu. Mataku dah pedih macam orang letak cili jer. Selamat Malam dan harap dapat mimpi yang indah-indah.. makan ayam tandoori.. ~yummm yummm...

No comments:
Post a Comment