Tuesday, March 6, 2012

Aleeyna Az Zahra

anak keduaku baby girl jugak. nama nya  Aleeyna Az Zahra. Di lahirkan pada 29 Julai 2011 di Hospital Selayang. Perbezaan dan pengalaman aku melahirkan anak kedua nh memang berbeza sangat. Mana tak nyer pagi tu aku terus sakit stiap 2minit. tapi sempat jugak bantai roti & segelas milo.

Pastu ak cakap kat suami tercenta memang dah xboleh tahan. sakit sgt. So suami tercenta bawak g klinik Sri Indah. Macam bby pertama jugak ktorg refer kat Dr. Hazirah tok cek condition aku sblm gerak ke hospital. Yelah, takot kena reject kata xbukak lg. Rupanya dah bukak 7cm. Pergh giler kentang. Patut r tros sakit stiap 2mnt. xda bg hint langsong. Pastu doktor buat surat dan ktorg cepat2 gerak ke hospital. Time nak g kereta ada kenalan suami tercenta nak bertegur sapa la pulak. Adoi gua nak beranak la beb..

Sampai kat spital suami tercenta bg la surat kat misi bg tau isteri nak beranak sudah. tak lupa juga bg tau yg dah bukak 7cm. Boleh lak misi tu xpecaya & kata mayb doktor yg cek ak tu xpandai. Sbb apa dia kata camtu??? kerana dia nampak ak leh senyum2 n slamber berjalan tanpa guna kusi roda. adoi ak nyer sakit ak sorg je tau. nak duduk lun xsenang. Baik aku jalan! gpun org tua kata klu byk jalan baby senang nak lahir. Kat atas plak ak nak krna menunggu turn doktor cek. Memang ak mcm cacing kepanasan. Doktor kat situ siap offer suruh aku duduk dulu. Sorry doc sy xboleh dah nak duduk2. Sy dah xtahan. kalau baring atas katil xper... So doktor kat situ cepat2 sediakan katil tok ak n prepare ke labour room.

Masa cek condition baby tiba2 ak dengar org menangis kat katil sebelah. Rupa nya bby dia meninggal.. Innalillah... xsilap ak dia dah 8m. Bby dia xgerak. tu y g spital cek. Aku yg kat sebelah bedebar2 je. Berharap sgt bby ak sihat dan ok je. Dalam labour room suami tercenta dok ulang alik masuk. Kali nh ak xambil pun ubat tahan sakit. Takot jadi mcm aleesya. Bila nak beranak aku leh bantai mengantok, pastu xsakit la pulak. Dah kalau xsakit mcm mna pulak nak keluarkan baby kan???

Laluan dah buka tp air ketuban xpecah lg. Doktor plak amek kputusan nak tggu air ketuban aku pecah sendiri. Tp dah bukak sampai 9cm pun air ketuban xpecah2. Den doktor yg muda stahun dari aku tu pecahkan air ketuban ak. Lepas je pecah air ketuban tu secara auto perot ak memulas2.. warghhhh... suami tercenta sy xtahan. baby nak kelua.. Nurse plak kata sabar.. belom lg. huhuhu.. Tensen sekejap.. beberapa minit pastu nurse kata ok. Jom keluarkan baby!!!! 2x kali teran sepenuh hati. Alhamdulillah semua selamat dgn suami tercenta disisi. Bby kelua dalam pukul 5.30 pm. Ak hanya kuatkan semangat dan berazam bahawa aku akan keluarkan baby nh secepat mungkin. xmau jd mcm aleesya. Biarlah aleesya first & last...

Sepanjang proses penjahitan bby diletak kan di dada ak. Dah la kita kena jahit yg si kecik nh plak angkat kepala merengek nak susu. Ak plak asek dok tanya doktor. Dah siap ke belum.. Wargghhh.. cepat2 la abes. ak nak kelua dari tpt itu dan tatap wajah baby puas2. Dan yg penting feed baby y lapar sgt tu...

Mlm jugak aku kelua dr labour room.  Pas jahit nak kena tggu sejam. Tu yang keluar labour room lambat. Mak aku kata muka aleeyna macam muka abah aku.. ngeee... Bila abah aku dgr mcm tu lg xsabar2 dia nak tgk baby. Rasa terharu & seronok sgt bila tgk suami tercenta azan+iqamat bby. Keluargaku dah bertambah sorg lg.. 

Besok tgh hari nyer ak kelua dr hospital.. dan bermulalah pantang aku.. Pantang aku berjalan ngn lancar.. huhu, time org puasa aku makan.. time dorg bukak poser lak ak gigit jari.. kikikikiki

Alhamdulillah jaga Aleeyna Az Zahra sgt senang.. Dia xbyk merengek. Aleesya pun xbyk buat hal.. sgt seronok dpt ank2 yg memahami dan xbyk buat hal.. Cepat betol masa berlalu.. Aleesya da 1y 8m & Aleeyna plak dah 7m. Dan lbh kurang 7m aku xupdate blog. huhuhu.. besa lama. super mama bz da mz.. next citer will update asap.