Saturday, April 28, 2012

updated!!!

wah... sangat letih mengupdate blog.. ngee, finally dapat jugak update blog bagi elok sikit. saya sudah penat sangat.. so tomorrow sambong lagi... Tapi cerita xreti-reti nak update ka?? hahahah.. slow-slow la.. xmor gelojoh mojoh..

Thursday, April 26, 2012

Nasi Ayam Nasi Lemak..

mati kutu la.. xtau nak masak aper.. hmmm semalam utk pertama kalinyer aku buat nasi ayam.. kikiki.. dengan bangga nye ak terima pujian dari suami tercenta.. Katanyer, SEDAP SANGAT... wah, berbunga2 hati aku bila dengar dia cakap mcm tu. hikhikhik.. serOnok bila dipuji, lagi2 dari suami tercenta yang jarang memuji dengan iklas. muahahahaha... kalau tak iklas pun aku akan anggap iklas..

Dan pagi2 ni aku bangun , cepat2 aku goreng sosej dan buat chaya (teh tarik) tOk suami tercenta. Semalam suami mintak buatkan sambal ikan bilis pulak. Katanya nak makan dgn rOti. So, bertungkus lumus la aku kat dapur beperang dgn kuali buat sambal ikan bilis pagi2 yang xberapa nak buta sangat. Dan siap semasa suami tercinta menghirup teh tariknya. Bila aku sebOk nak tapau tOk dia, dia tanya aku "nasi ada ker".. Wah, sOalan cepu yang sangat emas. dan Jawapan aku da tentu-tentu lah TIDAK... huawaaa.. I though he wanna eat the sambal ikan bilis with bread.. teeetttt.. wrOng thought!!!

Suami tercenta kata xpayah la... Nanti balik rumah petang nanti dia makan.. Ololohh, sedih jer bunyik nyer. Aku pun satu ngeng macam mana la tak teringat nak masak nasi. Selepas suami tercenta keluar pergi kerja, datang satu idea yg bernas. Why nOt aku buat nasi lemak jer? Kelapa pun ada.. Hmmmm, aku pun buatlah nasi lemak. Dan untuk PERTAMA KALINYA aku buat. huhuhu, xpenah buat pun.. Selama nh dOk selayang Kak mili yang buat..  kakak ipaq aku baEk sangat... nak buat camna.. ngeeee

Alamak nasi lemak aku xberapa nak lemak and xberape nak rasa garam.. hmmm xpe la... nanti makan ngn sambal ok latu kOt. hahaha, nak cOver line cemerlang jerk.. tak sedap pun KENA kata sedap.. kt tunggu apa kOmen kali nh pulak..

Sunday, April 22, 2012

Kuala Selangor

pagi-pagi ahad mak telefon suami tercenta ajak gi kuala Selangor. Sudahku bilang pada suami tercenta bahawasaya hari nh aku nak tukar sandle aku dan gi hantar barut baby kat selayang.. Hari ni kak mili (kak ipaq daku) admit kat spital Selayang.. Jadi tomorrow aku akan dapat anak buah baru.. yeahhhh!!! Suami tercenta dah kata ok pada mak dan sebenarnya aku tau dia malas nak pergi tukar sandle aku. Dia nak pergi jalan2 tempat lain. Dia mmg xsuka shopping mall.. adoiai.. So, ak tangguhkan hasrat murniku itu.. Macam mna tak suka pun suami tercenta tetap akan kena bawak aku ke sana jugak!! Ini adalah arahan.. Bukan permintaan lagi... ngeeeee....

Nak diceritakanlah mak abah datang ambil kat uma ktorg.. DAh siap smua, ktorg pun bErtolak la dan berhenti jap kat pekan Kuala Selangor tok sarap. Mak abah da sarap kat uma dorg. Aku ngn suami tercenta je belom sarap agi.. ~~Pedih wooo perot... Abes sarap kami semua menuju ke Bukit Malawati.. Nak g atas bukit tu kena naik tren. Ala tren macam kat zoo tu. sorg RM 3. Tapi masa aku pergi ngn mak abah xda pulak banda nh sumer. Hari mggu je kot dia tutup & org ramai MESTI naik tren utk naik ke atas Bukit Malawati. Hari lain ktorg drive naik sendiri jerk..  Xperlah, bEst jugak kekadang berebot naik tren.. kikikiki

Samapi kat atas bukit tu ktorg turun.. Actually daya tarikam kat tempat tu adalah monyet2.. Jinak tu.. Xdelah jahat curi2 barang.. Monyet tu just ambil makanan kat tangan kita..Yang paling seronok and excited adalah ALeesya Az Zahra.. Sapa lagi.. Pecinta haiwan.. Tak takot langsong.. Siap pengang n nak cium lagi.. Hadoi.. Menjerit jugak aku kat situ. Lantok la org nak kata.. Anak aku nak KISS monyet!!! Owh tidak..

Dah puas bg makan n gelak-gelak kat sana, kami pun naik tren turun ke bawah.. Sampai di sini saja trip kami. Tak boleh nak lama-lama coz ada contractor nal datang rumah nak buat piping..  Pastu ktorg g Tanjung Karang cari ikan yang fresh. Sampai sana aku tak turun pun. Anak2 tido. Suami tercenta, mak abah je yang turun.. Abes shopping lauk kami pulang.. Kami lunch kat Country Home je.. Makan ikan stim.. Sedap... dan sempat shoping kat NT shop (jual barang serbaneka). Barang2 kat kedai tu agak murah la..

Lupa plak.. hari nh ada pasar malam.. Nak pergi pun xboleh. Suami tercenta dah keluar. Ada kerja nak diselesaikan.. HAishhh... barang runcit belom beli lagi.. JAm dah kul 8mlm. Sok dia nak kijer pulak. Tp sampai skunk lom balik..

Apepun hari ni seronok...  KEpada kak ipaq ku kak mili, take care. Insyallah sumer akan berjalan dengan lancar!!! ~aminnnn...

Friday, April 20, 2012

Kisah kElakar sEram..

Tiba2 teringat cerita kelakar seram mak.. Begini bunyinya.


Hari tu mak pergi bayar duit barang2 yang dia beli kat kayu jati. Pastu anak tauke kedai tu tanya "anak perempuan xikOt ke??". Selalunya aku ikot je mak merayap. Tapi kisahnyer aku xikOt la pulak hari tu. Dia tanya mak apa nama aku. Mak aku dengan confidentnyer pun bagi lah nama sebenar aku. Pastu anak tauke tu tanya lg " Anak akak xda facebook ke? Sy ada facebook.. Kalau saya add dia, boleh tak?". Mak aku tergelak besar dan dgn selamber dia kata, " boleh ajer. Cari la dia kat facebook. Dia mmg ada facebook"...


Anak tauke kayu jati tu xtau selama nh yg aku bawak dua org budak kecil tu adalah ANAK AKU!!! Maybe selama ini dia ingat baby2 tu anak mak aku.. Hahahahaha, padahal..  CUCU la weh...Tegelak besar aku dengar cerita mak. Pasnh macam xnak je ikot mak g kedai kayu jati tu.. haisshhhh seram tol... kalau ak nak beli barang jati ngn dia nnt boleh la mintak kurang. Tp kena rahsia kan STATUS.. muahahahaha.. jahat giler.. 


p/s : anak tauke kedai tu org pakistan daa.. 

Tuesday, April 17, 2012

Rumahku SAUJANA RAWANG....

Celik pejam, celik pejam, dah dekat dgn sebulan aku pindah masuk rumah baru.. dua tahun lebih aku menetap kat selayang, rumah mak mertua aku. Rindu jugak pada anak2 buah aku. Mana taknyer dah dua tahun lebih aku dok main n buli dorg... hahahhaha... opsss sorry kak mili & abg majid.. bukan buli, berkasih sayang.. ngeee.. Bila sampai je depan pintu umah selayang org yang paling excited aleesya dgn budak2.. dorg punyer jerit.... macam 20tahun xjumpa.. budak2 punyer rindu lg dasat!!!!


Rumah baru tak der la penuh sgt dengan barang.. kitorg xpenah duduk sendiri. Jadi kena slow2 penuhkan rumah dengan barang. Nak beli semua sekali memang koyak la.. Tp kalau dah rumah sendiri macam man pun feel dia lain.. Puas & seronok!!!! Suami tercenta sila kumpul duit byk2. Nanti kita shopping lagi... kikikikiki...
Kalau dulu barang2 pasar kongsi beli dgn abg ipar.. Sekarang nh kena beli sendiri & semua bil kena settle sendri. Tak boleh dah nak kongsi2. sendirian  berhad yerk!!


Rumah aku dah kira dekat dgn rumah mak abah.. Mak Abah fully pindah lepas dorg pencen. Sekarang dorg tgh dok reno rumah.. Alhamdulillah lepas bepuluh tahun kerja baru dorg dpt hidup senang & boleh buat apa yang dorg suka.. aku pun tumpang gembira tok dorg. Di sebabkan rumah ktorng agak la dekat, makanya Aleesya Az Zahra selalu lah kena culik.. Nak culik si kecik Aleeyna Az Zahra xboleh.. Dia still bf.. 


Cakap pasal si kecik nh adoi.. Macam mana la nak bg dia susu botol ek?? Langsong xmau.. dah paksa.. Siap ketap mulut xmor mnum..Tp alhamdulillah makan nak. Cuma kekadang buat perangai time makan.. Aleeyna dah 8bulan.. Aleesya pulak da 1thn 9bln.. Macam-macam benda baru dorg tunjuk kat aku.. Kelakar & Seronok sangat.. Klu nak cakap penat tu jgn cerita la... memang aku asek meng Adoiii jer memnjang...