rintikan hujan yang turun
jatuh perlahan membasahi bumi
menggigil diri kesorangan
dalam kamar ku sendiri
namun malam yang sepi terubat jua
dengan bantuan jalur lebar!
sayup-sayup aja suara aleesya berbunyi. apalah yang dia mengeluh. mak kata, itu semua berpunca dari aku juga. masa mengandung suka sangat mengeluh. sebenarnya terasa kepuasan waktu aku mengeluh ketika mengandung dulu. bukan lah disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak aku suka.. tapi sekadar ingin melegakan hati aku yang rasa nya tak adalah gundah gulana.dan akhirnya, aleesya yang terkena tempiasnya...
Tengah dok sedap taip pula,iba-tiba aku dengar bunyi macam periuk terjatuh.. ah, mungkin kucing kot. tapi, bila ak pergi ke dapur, masyallah rupanya cerek air dah kering!! Bau hangit tak ingat. Menjawab la aku dengan suami. Sekejap lagi dia balik. Aku pasti keadaan mesti agak kecoh sekiranya bau hangit tak hilang. hmmm.. baik aku buka kipas kat dapur tu. harap cepat-cepat bau hangit tu hilang.Itu la, lain kali kalau masak air beringat la sikit. kalau dah mengadap laptop macam ni la. semua benda boleh lupa, leka sangat..
ntah la,kenapa kebelakangan ni agak susah untuk aleesya mula untuk lelapkan mata. nak di dodoi, nak di peluk.. barulah dia terlena. apa yang salah? apa yang silap? apa yang tak kena sebenarnya. kalau lah aleesya boleh berkata-kata kan senang. sebelum ni, tak pernah aleesya berkelakuan macam tu. sumbat sahaja susu, pasti dia tidur. tapi, sekarang tak lagi. nasib baik dia tak meragam terlalu lama. kesian pada mama dia la tu.. heheheh.. tak mengapalah sayang, mama mu sanggup buat apa sahaja. tak tido pn tak mengapa. asalkan kamu tidur lena.
Inilah yang aku belajar bila menjadi seorang mama. Aku jenis yang tidur awal, tidak biasa untuk berjaga malam dan mudah sangat mengantuk. Tapi bila aleesya lahir sahaja di dunia ni, semua nya berubah. Rutin aku setiap hari bertambah dan semestinya berlainan. Masih jelas terbayang di waktu aleesya di lahirkan. Memang tak dapat digambarkan perasaan yang aku rasa. semua perasaan bergolak sekali. sakit, teruja, gembira, kelakar, bangga, dan syukur yang teramat sangat. Suami aku turut berjuang untuk melihat puterinya lahir. Sangat indah perasaan itu.
JAM 1.31 am. Aku masih menunggu ketibaan suamiku pulang kepangkuanku. Ada jer makhluk Allah yang ingin berjumpa dengan dia. Biarlah apa urusan sekalipun, aku harap dia cepat selesaikan dan cepat pulang. Nak di talefon takut menggangu, takut apa pula kata makhluk Allah tu. Si isteri tak sabar-sabar nak suruh si suami balik. Biarlah apa makhluk Allah tu nak fikirkan, suami aku kot. suka hati aku lah. hehehhe.. Tak mengapalah, tak perlulah aku menalefon. sms sudah..
Perot oh perot, berdikir barat pula. Sabar la sikit. Sekejap lagi kamu aka di isi dengan char kueh tiaw. yummy.. makin lapar pula bila di sebut. Huwaaa, cepat la pulang wahai lelaki yang bernama suami. Hmmm, bau hangit di daput masih tak reda. Apa yang perlu aku buat lagi. Tingkap semua dah di buka.. Tapi sikit jer. Takot nak buka semua. Kalau kucing boleh tahan lagi la,tapi kalau orang yang melompat masuk dalam rumah... al kisah nya lain pula jadinya..
Telefon berbunyi, ring ring ring.. Ku angkat, ku dengar suara..
Suami tercenta telefon. Membawa kabar sedih bahawa char kueh tiaw dah abes. Sebagai ganti, suami membelikan burger. Hmmm, seperti kuduga.. abes kecoh satu rumah dibuatnya. Bersoal jawab la aku dengan dia. Dan sekarang ak perlu mendengar nya..


No comments:
Post a Comment