Friday, January 28, 2011

Masalah??

Aleesya Az Zahra dah masuk 7 bulan.. Aku dah start bg makan bubur nasi. Mak aku yang buatkan bubur kat aleesya dulu.Sebelum ni bg dia makan nestum, rusk. Aku ada terbaca something kat majalah pa&ma. Kak ipar aku rajin beli majalah tu. Aku lak tukang baca jer. hehehe.. sekali aku terbaca satu info bahawasanya makanan baby yang bawah 1 tahun tak perlu dicampur dengan garam. Katanya buah pinggang baby masih tidak kuat. Lagipun baby masih xpandai nak beza rasa. huhuhu, yeker?? So, pasni masak bubur tok baby tak payah letak garam k...

Risau guk bila org keliling asek tanya aleesya dah pandai merangkak ke belum.. Den ada pulak yg kata, eh anak org tu 6 bulan dah pandah merangkak. Pastu dok tanya gigi dah tumbuh ke belum.. SEMUA TU BELUM LAGI lah!!! bistu xkan aku nak paksa baby merangkak, xkan aku nak korek2 gusi dia bg cepat tumbuh gigi??dan paling malas nak dengar bila bab membanding2 ni.. Ah, ada aku kesah?? Biar la anak aku xpandai lg. Nanti-nanti dia pandai la. Janji anak aku sihat sejahtera dan yang pastinya aku bersyukur sangat dia xpernah menyusahkan aku. Macam setengah baby, asek nak dukung jer, pastu nak ngan mak dia jer, org lain langsung tak nak.. But not my baby. for me, she just nice n good. Takpe la aleesya sayang, take ur time. mama xpernah nak paksa kamu. Buat la apa kamu suka. Mama akan support kamu selalu..

Lagi satu nyer hal, citer bab-bab dukung ni. Bukan org tua jer nak dukung aleesya, budak2 pun sebok nak dukung aleesya. Tak bagi dukung melalak la pulak. Kadang-kadang serba salah lak aku lagi-lagi kalau depan mak bapak dorang. Yang si mak budak nh pun xda lak nak larang anak dia. Bila ank aku jatuh, terantuk nak  cover line kata xda pape. Kalau xda pape xkan anak aku leh tiba2 meraung pulak??? hey, SUSAH betul la... Kesimpulannya, simpan aleesya dalam bilik dendiam.. 

Permasalahan seterusnya.. Aku kan ngandung dan sampai skunk aku masih dok menyusu aleesya lagi. Dan lagi sekali, kata  orang xelok menyusu baby lagi kalau dah ngandung. Kena ajar jugak baby minum susu botol. Aleesya minum susu botol, cuma kekadang dia xnak minum. Dia nak jugak susu badan. Dah tu mcm mana aku nak stopkan dia dari minum susu badan. Dan aku kesian giler kat dia. Bagi aku biar lah dia tolak sendiri bukan aku yang paksa dia berhenti minum susu badan. Aku tanya guk doktor ngan nurse kat klinik masa checkup. dorg kata ok jer selagi ibu tu xda sebarang komplikasi atau problem. Biarlah, aku beserah jer lah. Selagi aku ok, susu ada, n aleesya still nak minum, aku bg jer. Dia berhak untuk dapat sumer tu. So, biarlah apa orang nak kata.

Baby dalam perot, kamu jangan risau. Mama akan pastikan kamu sihat. Mama akan makan benda-benda yang berkhasiat dan yang paling penting ubat dan vitamin. Dan alhamdulillah, mama rasa kamu pun baik macam kakak kamu coz mama xda plak nak morning2 sickness ni. Cume kepala selalu berpinar jer. Tp masih under control. Dok kat dalam elok-elok yer. Xmor nakal-nakal... Besar lah kamu dengan sihat dan kuat yerk.. nanti hari-hari mama minum milo. Ahkassss..

Sebenarnya aleesya tgh selsema ni. Petang tadi dia bersin kelua hingus pulak. Pagi tadi aku dah agak dah dia macam nak selsema. Cara dia bernafas macam ada kahak jer, pastu bersin banyak kali pulak. Jangan selsema lama-lama sangat ye aleesya. Sikit-sikit sudah. Sok pagi kalau makin teruk, mama sumbat ubat tau... 

ok, lah..baby dah tak keruan ni. Nak susu la tu. ~daaa..




Thursday, January 27, 2011

Trip To Cameron

18 Jan 11

First Trip untuk cuti-cuti Malaysia... Sebenarnya xrancang pun banda ni.. tiba-tiba lak suami tercenta nak naik cameron. Aku on aje. Tp yang cedih nya coz tak dapat gi ngan famly aku skali. Nak wat cmner. kitorang pergi weekdays, bukan weekand. sorry dear Anie, Muat, Mak n Abah.. Nanti kita pi sesama yerk..

Malam tu aku, suami tercenta, baby aleesya bersama Salim & Haslam bergerak ke Bidor. Tidor uma makcik  kat sana. Sepanjang perjalanan ke Bidor tu aku ingat tak nak tidor. Tp kalah jugak.. aku telelap. kikikiki.. sorry b, ngantok giler babas. Kesian makcik aku, di sebabkan aku datang dia pulak tidor luar. Aku, suami tercinta ngan baby tidor bilik. Kat uma tu ada dua bilik. Tp lagi satu bilik tu bilik anak dia, Sharif.. Dan makcik aku tak nak pulak tidor kat situ. Entah la aper sebab. kipas kurang mantap kot..

Lepas angkat barang-barang aku teros landing.. ngantok woooo.. tp si kecik boleh lak bantai terjaga.. siap gelak-gelak sambil bebel. Tah apa dia ckp aku pun kurang pasti.. aku pun bia la dia main sensorg.. bila dia start merengek jer aku sumbat susu.. dan dia pun tidor dalam dakapan aku.. yeyy!! Suami tercenta pulak bersama-sama sepupunya bergumbira sambil berchating.Pukul 2 pg baru tidor. Ini takpa lg. Time dorang dtg uma aku, subuh baru nak tidor.. hadoi..

Pagi tu sepatutnya sharif kerja. Biasa la hari selasa, mestila kena kerja. Ntah macam mana tiba2 pulak dia kena serang sakit  perot.. So, kena lah MC. kikikkiii.. ~padahal... sendri mau ingat. Sepupu-spupu datang lepak sekali skala, apa salahnya MC kan.. Ko memang best la Sharif!!! Lepas masak & makan nasi lemak, kitorg pun siap2 tok g naik ke cameron. Adoi, kenapa la jalan nya punya la nikmat?? berpinar pale otak aku. Xda yg lg belit ke jalan dia?? Alhamdulillah la, aku xda nak muntah-muntah pn. 2 kali jugak la berhenti tepi jalan amek angin. fuhhh, peninn dia sampai skunk boleh rasa.. 

Udara kat Cameron mmg best.. Nyaman & sejuk.. Dah nak sampai tanah rata, kitorg tutup aircond. Bukak cermin. Memang sejuk. Tapi orang kata Cameron dah xsejok macam dulu. Tp, ada aku kesah?? yang aku tau, kat sana memang sejuk. Tekezut aku bila cuci tangan  gne air paip kat sana. Rasa mcm cuci tangan guna  air sejuk dalam peti ais jer.. gggrrrrr, memang ketaqqqq aku...

Kat sana ktorg lepak kat Tanah Rata. Pastu jejalan kat ladang strawberry kat area situ, pergi Ladang Boh, tgk kilang boh. Masa kat ladag strawberry, diorang bantai cilok buah. Petik, masuk mulut.. Petik, masuk mulut.. Bahagia sungguh rasanya hidup. Pastu org yang tukang jaga kat situ kata, saya xkesah klu nak makan. Cuma nak bg tau. Strawberry tu kena cuci sebelum makan coz semua buah dah di sembur racun. Takut nanti memudaratkan kesihatan.. Hahaha, terkedu kejap diorang.. TERMASUKLAH  aku.. huhuhuhuh..

Overall, trip ni memang seronok. Tp klu nak dok lelama pun tak best jugak. Coz tempat kat sini kebanyakkan sama jer. Teh, strawberry, bunga, kaktus, pasar malam... Tapi aku xsempat nak pergi tengok ladang bunga.. xperla, lain kali... Jadi, pulanglah kami semula ke bidor umah makcik aku.. tidor lagi kat sana. 

Besoknya aku jalan-jalan naik basikal pusing kampung.. sangat best. Sejak dah jadi mama ni, aku xpenah naik basikal. Sempat jugat brader-brader bidor tegor2. kikikiki, ada market lg rupanya aku.ahakssss. itupun nak citer ker??? Tengah hari tu ktorg g mandi sungai. Best wooo.. Ayer dalam tu. Mandi kat sungai degung. Yang aku agak terkejut, si manja aku rilek jer mandi dalam air sungai yg sejuk tu. siap berenang-renang sambil tepuk-tepuk air. hmmmm, ada kemajuan..  Kalau tak sebelum ni, baru je rendam kaki  n cuci muka dia dah start menggigil.. belum rendam dalam air. sure menggelupur. Tp bila dia da gigil xda la aku nak rendam. Sakit baby aku nanti, aku pulak yang gelupur.


Macam biasa, lepas makan kat uma makcik aku, kitorg pun pulang semula ke Kuala Lumpur.. So, berakhirlah sudah trip beberapa hari di Perak & Pahang. Pasni gi tempat lain pulak ye suami tercenta.. weeee, xsabar nyer nak cuti-cuti malaysia lagi!!!

Ni aku letak SIKIT gambar-gambar kitorg kat Cameron untuk tatapan.. Saper yang tak pernah gi cameron, sila-sila gi jejak kaki ke sana..

my preciouse
bersama makcik pakcik & spupu suami
sharif, salim, suami tercenta VS aleesya
my tuweet baby






pagi di Cameron


strawberry "gergasi"
view kat Ladang Teh Boh
mama with baby girl
beromantik ngan suami tercenta

aleesya yang kelaparan

Friday, January 14, 2011

Cerita Hari ini

Sedar tak sedar dah 14 hari masuk 2011..  huhuhu, hari ni baru je rasa nak usha blog. buruk perangai. Dah macam-macam jadi sepanjang 2 minggu 2011. Masa 11.01.2011 aku register kat klinik kesihatan tok my new baby. Asek dok tangguh2. Masa kat klinik pulak,Punya la lama nak menunggu.. Pastu bila cek tekanan darah, boleh pulak tinggi.. 2, 3x kali jugak la nurse tu pam. tp tekanan ttp tggi.. Dah relax 10 mnit baru ok. Tp dorg suh dtg klinik selang satu hari to make sure aku xda darah tinggi. Adoi, giler ker aper.. Tp time tu kepale aku memang pusing sikit la.. tu sebab darah naik kot.. bak kata suami tercenta, " dah tunggu berejam-rejam, mau darah tak naik"... kikikiki..

Besok nya, gi scan baby for da first time. Sayang mama yang sorang ni dah ada heart beat, kepala, kaki badan, tangan, sumer dah nampak.. 12 minggu umur nya.. kecik lagi la kamu.. comel sangat. Aleesya pun join tgk adek dia.. dulu ktorg tgk aleesya dalam skrin, skunk tengok adek dia pulak... Memang teruja walaupun ini baby nombor dua, tp bagi aku ia tetap baru..

Aleesya punya problem pulak, dia punya kulit.. Memang agak teruk la ruam dia. Lagi-lagi bila panas, lg bertambah teruk. So, doc bag ubat sapu ngan ubat mnum..  Malas aku nak bg aleesya ubat mnum tu.. sampai hari ni aku xbagi2. buruk tak perangai??? Ntah la, aku tak nak bg byk sangat dia makan ubat.. Nak bagi antibodi dia bekerja sikit.. Tapi betul ker cara aku.. klu ubat sapu tu langsung xjalan, baru aku sumbat ubat. huhuhuhu.. Tapi, mengikut pemerhatian aku, ruam makin kurang.. Alhamdulillah...

Hujan lebat betul.. baru kul 8 mlm. Tapi rasa mengantuk giler. Aleesya awai2 dah lentok. Tadi tah kenapa dia ngamuk. Letak jer menangis, letak jer menangis... Aku mandikan dia, bagi susu.. dan sekarang tgh enak di buai mimpi.. tidor nyenyak2 ye aleesya. tak da sesiapa nak kacau kamu.. kecuali papa kamu... Cakap pasal papa kamu tu, dia tu pun macam-macam hal. Adoi, penin paler aku!!!!