Friday, May 27, 2011

Kronologi Demam Aleesya...

8 April 2o11 ~ Aleesya demam lagi.. 3 Hari 3 Malam tak tido lena kerana Aleesya Az Zahra sbb kali ni teruk sket coz dia tak nak makan ubat + tak nak makan nasi + tak nak minum ayer + cerry da berry + tahap fever yg tggi.. apa buat semua tak kena. Kesian baby mama sorg nh. lembek, lemah longlai di buatnya. kat org lain xnak dah. klu terkasar sikit pun tak boleh. Menangis la jawab nyer.Atas nasihat doktor, aku bg dia mnum ayer garam tok bg dia tenaga n recycle blk ayer yg dah ilang.

10 April 2o11~ demam masih tak ilang.. dalam pukul 130ptg  pergi uma mak. Makan tengah hari kat sana skali jumpa makcik aku coz soknyer dia nak balik perlis. Pastu dalam kul 4 ptg aku gerak ke trolak. Ada bacaan tahlil kat sana. Ntah la, aku rasa malas nak pergi time tu. Aleesya tak ok lg. Tp takut jadi issue plak tak pergi, gagah jugak pergi sana. Mak aku dah berapa kali cakap Aleesya tak ok lg. Duduk pun macam org mabuk jer. Tp, nak buat macam mana. Aleesya pun MACAM nak ok dah.. Dan sangkaan aku meleset.. Demam aleesya start balik. Panas betul badan dia.. dah la ubat lupa nak bawak. Hadoi... So, apa aku buat.. letak kain basah kat kepala dia. Lepas tahlil habes, kitorang terus balik. Aleesya asek menangis jer. Xselesa kot, yelah ramai kot yang datang. Sampai uma aku terus togelkan aleesya dan kembankan dia dgn kain basah. Huhuhuhu, sedih jer dengar dia meraung.. Lastly dia tertido jugak.. Fuhhh, time dia dah tido lega sikit aku. Celah peha aku pulak dah start sakit. Bukan melecet, tp otot sakit..huhuhuhuh...



di tempek bedak sejok
16 April 2o11~Demam dia dah makin baik.. Tetapi muka dia kua bintik2 halus. Mak aku kata campak halus.  Abah aku buat kan ayer utk aleesya pastu dia suruh pakaikan bedak sejuk. Aku ingat nak pergi ambil ayer tu kat uma mak, tapi dorg lagi pantas. Tgk2 dah kat depan uma. Sayang nyer dorang kat cucu. Kesian baby aku sorang nh. Lepas satu, satu.... Rupanya kalau kena demam campak nh, ada PANTANG LARANG dia.. baru aku tau.. nasihat org2 tua kalau budak kena demam campak 

:: suami isteri TIDAK boleh bersama. So, time ank sakit jangan nak gatai2 yer.. ahakssss
:: pastikan kat uma TIDAK melakukan aktiviti menggoreng. Time nh korg makan la makanan yang xbergoreng. Rebus2 sudah.. Sbb minyak n bau goreng tu boleh menyebabkan badan anak korg lg gatal2.
:: Pastikan tempat tido baby sentiasa bersih. Rajin2 ler korang pergi cuci segala bantal n cadar2 dia. Den korg carilah daun bambu, letak kat tempat tido baby.
:: JANGAN bagi baby korg yang kena campak tengok cermin.

ni org tua-tua yang cakap. Aku tak tau la..ikot ajer..Mak aku ckp klu bintik dah kelua dari tapak tgn dgn kaki, makna nyer nak baik la tu.. dan alhamdulillah.. dia sihat dan cergas kembali.. 

Baru Lepas muntah...
24 April 2o11bgn pagi jer tros badan dia panas..tak ada angin xda ribut, boleh lak tetiba bantai demam... huhuhuh.. bulan april nh bulan demam sedunia ker?? huwaaa.. memang mencabar keimanan dan kesabaran tok aku sebagai seorang mama yang mengandung ank ke 2..  Tp cabaran tetap di ambil dan perlu aku pikul sebaik-baik nyer.. Maybe dia nak beralih bulan kot. tu yang dia demam. Sok nyer mak aku kol tanyer aleesya demam tak.. So, jawapan aku YA, dia demam... Instinct seorang nenek kuat jugak ek. kikikiki.. cukup 10 bulan 1 hari, alhamdulillah lagik.... dia dah ok.. adoi, pelik tol aku dengan si kecik sorg ni.

Lepas semua benda nh, baru la tau cerita di sebalik nyer.. Bila dia dah baik, dia dah pandai merangkak betol-betol, dah start bediri, pegang-pegang sambil nak jalan.. Gigi atas dia 4 batang sekali tumbuh.. Nak pandai punyer pasal, kena sakit sikit kan.. Kesian baby mama sorg nh. Nwy mama sangat bangga ngan kamu sayang coz baby mama sorg nh kuat semangat!!!


No comments:

Post a Comment