Monday, June 27, 2011

Bila Bergelar Isteri & Mama

25 mAy 2011~Pejam celik, pejam celik bulan depan Aleesya dah masuk setahun.. Dan baby dalam perut nak masuk lapan bulan.. Wah.. cepat tol masa berlalu.. Bulan depan jugak Aku ngan suami tercinta dah mengikat kasih selama 2 tahun. dah 2 tahun bergelar bini org dan setahun bergelar mama... Macam tak percaya jer.. kikikiki.. Biasa la, muda remaja lagi.. ahakssss 

Aku rasa seronok jadi seorang isteri bila ada seorang suami yang melindungi, memahami, caring, dan kadang-kadang nakal. Kalau baik sangat xbest jugak. Tp tak semua orang perfect termasuklah aku dan suami tercenta. Namun, aku dah cukup bersyukur mempunyai suami seperti dia... Memang mencabar jadi isteri dia sebab dia bukan org melayu cam aku.. Mamak mari.. Dorang ada bahasa dorg sendiri.. sampai sekarang pun aku still xpaham. Kalau yg mudah-mudah tu boleh la. Bila dorg start cakap bahasa malbari,  tercengang ler aku sensorg.. huhuhuhu.. Dan suami aku, sgt memahami.. dia kalau boleh tak kan biarkan aku sorg tenggelam mcm kapal selam bila bersama keluarga nya yang besar tu.

Cara hidup dorang xbyk beza dgn orang melayu kita. Sama jer. Cuma tatatertib tok kaum perempuan tu lebih sikit. Macam perempuan dulu2. Nwy, ada baik nyer sumer tu. Apa yang aku rasa baik dan aku leh terima aku akan praktikkan. Kalau tak, pepandai ler nak hidup..hihihihi.. So far, sepanjang perkahwinan kami aku banyak belajar, banyak tanggungjawab dan aku enjoy walaupun kdg2 pahit tok telan. Nak wat camner. Nak tak nak kena pikir tok jangka masa yang panjang.. So, sila jangan berpikiran cetek yek!!

Bergelar sorang mama pula adalah satu penghargaan yang paling bermakna dalam hidup & perkahwinan aku. Dia mana perasaan itu selalu nya akan dirasai bila bergelar seorang mama.Yang buat aku rasa diri nh sgt special dan lain dari org lain bila Aleesya menangis, dia nak aku yang tenangkan dia. Dia nak aku yang hug dia.Dia nak aku yang pujuk dia. Macam bagi dia tak ada orang lain yang boleh berhentikan dia dari menangis selain dari aku. Dan ini telah menimbulkan rasa cemburu di hati suami tercenta... hahahaha... Mungkin bg org lain ini biasa, tp bg aku ini lah istimewanya ikatan seorang ibu dan anak. Kadang2 macam bangga jugak.. yelah, aku sorg jer boleh tutup mulut si kecik Aleesya tu..  muahahahhaha..

Selain suami tercenta, anak banyak merubah hidup aku, attitude aku, kefahaman aku, pemikiran aku dan banyak lagi. So, kawan2 yang belum kawen tu cepat-cepat lah kawen. Rasailah hidup sebagai seorang isteri dan seterusnya mama.. hidup sebagai seorang  Nenek, atok tu tuggu bila ank dah kawen pulak.. Time tu boleh lah rasa macam mana ada cucu pulak. Semoga kita dipanjang kan umor dan di murahkan rezeki selalu kan??? insyallah, aminnnn...

Dan untuk mama punya coming baby, harap kamu sihat-sihat dan ceria selalu. Alhamdulilah sepanjang aku ngandungkan si kecik dalam purut nh, dia tak buat ragam. Aku makan macam biasa. Tapi aku suka benda yang manis. Masam-masam aku tolak tepi. Pastu aku kuat makan. Berat naik sampai kena pantau dek nurse tp bila scan doktor kata baby dalam purut kecik. Hhuhuhu, tgk perot aku pun dah tau. Ntah la, malas pulak nak byk pikir. 2 bulan jer lagi, rasa macam xsabar la pulak.. Tp, Dalam tak sabar tu pun sebenarnya takut pun ada. huhuhuh.. nak beranak kot. Semoga di permudahkan segala nya.





No comments:

Post a Comment