Wednesday, June 29, 2011

ape kEs xtido??

jam menunjukkan pukul 4.02am. Tp aku tak tido lg. Aleesya ngan suami tercenta dah lama di buai mimpi. Yg sedang dok teman aku si kecik dalam purut nh. Skejap ke kiri, skejap ke kanan. Apa lah agak nyer dia buat. Kan bEst kalau ada mesin scan baby kat uma. tiap minit aku scan. Hahahhaha...


Skunk si kecik dalam perut dah 35+. Aku harap dia sihat je kat dalam nh. Hari tu checkup kat klinik kesihatan, doc yang scan kata baby aku kecik. Besar baby tu mcm 30weeks bukan 33weeks. Pastu dia wat surat suh refer kat spital selayang. Same day, aku gi scan baby kat klinik Sri Indah.. Tp sumer ok jer. Adoi, penin lalat jap. Tapi mcm mana pun still kena p spital. Tgk apa pulak sna nyer kputusan. dan appmnt aku kat spital 5 July..  Apa yg jauh sgt tarikh dia bg pun aku xtau. Padahal aku rasa doc tu kena scan jer kot. ntah la, malas aku nak pk byk. Wat sakit hati pun ada.


Berat badan dah naik dalam 12kilo.. Hb lak still low. Mana tak nyer. pemalas makan ubat. Adoi, aku xtau nape aku begitu malas tahap dewa nak makan vitamin. ada jer alasan nak delay makan ubat. hari2 cakap kat diri sndiri akan mkn ubat. LAst2, hampeh.. huhuhuhuhuh...


barang-barang baby pun aku belum kesempatan lg tok beli. skunk nh just recycle apa yg ada dulu. Xbaik membazir... ahaksss.. But still aku akan beli s0mething new tok bby baru. Kata NEW... hikhik.. s0, suami tercenta sila lah sediakan duit yang mencukupi utk daku bershoping.  Actually 2 hari lepas dah p giant nak beli barang baby. Nak dijadikan cerita barang2 baby mahal tu. baju tido pun sampai rm22. Kalau branded xper la jugak. nh yg besa. bEdung tok baby lak sampai rm23.. Aku beli barang aleesya dulu pun xda la sampai macam tu. bELi kat jusco lg. Ntahlah, mayb semua harga brg dah naik kot.  aleesya punyer citer stahun y lepas. Xper la, paehal pun kena survey dulu. jgn gelojoh2, nanti xpuas hati, sakit hati laks!! LAst2 kat giant tu kitorg beli baby carseat t0k aleesya az zahra... ~ngeeee.. balik tgn xnk kosong jugak


k lar.. nak tido. dan alhamdulillah bdk kecik dlm purut pun xnakal sgt. Dan sampai hari ni mama xtau kamu nh gurl or boy. Xper la syg.. smoga semua selamat sudah. ~aminnnn...

AleeSya Az Zahra yg sUdah 1 tAhun...



pot0ng kEk dgn t0k wAn & t0k mAk dia
bEsday kek sAngat sedAp y d sponsor oleh aniE 
baby mama dah sEtahun!!!! masyallah dan alhamdulillah baby mama sihat sejahtera kehendak nyer.. Giler cepat masa berjalan, or bErlari agak nyer. sedar xsedar dah setahun aku bersama dia, menjaga dia, beronok-ronok dgn dia, bermanja-manja dgn dia.... overall, seronok jadi mama kepada aleesya. Walaupun makin besar makin macam-macam perangai dia buat, tapi aku enjoy n happy.


bIrthday gurl



Besday aleesya aku buat kat uma mak. xda la besar sangat buat. famly terdekat jer. Bajet xcukup.. ahakss. tukang masak nyer macam biasa lah, mak aku ler. bertuah sangat la aku yg masak. Dah nak dekat-dekat hujung mengandung nh makin malas ler aku nak wat kijer. kikikiki.. tapi xder la aku sampai lepas tgn suh mak aku masak sensorang. aku tulun2 jugak. Adek aku memang dah sah2 kena ulur tangan kaki dia.



Menu tok hari tu adahlah pulut kuning+ kari daging  ngn soto bihun+nasi himpit. Dah mak aku yg masak kan, mesti lah sedap. habes tu sumer makanan. Alhamdulillah tiada pembaziran.. Bila tetamu balik, semua macam nak pengsan. Lagi2 mak aku. Cian dia xlarat. Naseb baik ktorg gne mangkuk polistrin. kalau tak, mencanak la nak membasuh.



                                 
bZ dengan sumi (jelly) dia
Si kecik aleesya punyer story plak, boleh lak dia xtido. Bila semua tetamu balik baru dia nak tido. Main jer kjer dia. Ramai budak ngn org dok melayan dia. tu yang seronok.. boleh lak tahan mata xmor tido. Betuah  btol budak kecik sorg nh. Nawy, even dia xtau aper2 yg pastinya dia pun happy. Boleh tahan guk baby makan kek hari tu. Pantang org sua kat mulut, nganga jer mulut tomei dia tu.Sumi tu  boleh dia picit and gigit sampai terburai. Aku ingatkan dia xreti nak bukak. MArah plak tu kalau amek sumi dari tangan dia. Comot abes dak kecik sorang nh. 3x mandi, so 3x tukar baju malam tu. 

lil princess VS king




Terima kaseh pada suami tercenta, mak, abah, anie dan tetamu yg datang. tahun depan kita wat lagi yerk... hehehehe... jangan serik pulak!!! Akibat penat tak abes lg, Besok nyer sorg pun xmor masak.. hahahahahah


Bila aku tengok sumer picture besday aleesya aku menyedari bahawa picture aku ngn baby xda yg elok pun. sedey nyer... Mana xnyer, aku jer yg jadi tukang amek gambor.. ak lak yg xda gambo.. huwaaaaa.... selalu macam tu.

dAh 2 tAHun kami bErsama (5 jUne~6 jUnE)

ngEee.. even purut dah membuyut ia tak menghalang aku tok naik genting tok celeb my 2nd year wedding. Tp my lil baby aleesya az zahra aku tak bawak lar.. Tinggal kan dia ngn tok wan ngn tok mak dia. Bawak kunk rindu pulak org tua tu kat cucu dia. Lagipun aku cam xlarat dah nak kendong baby comel sorang nih.

Sebenarnya tak rancang pun nak g genting. Spupu belah suami tercinta ajak gi sana. Ingatkan pergi balik. Skali tidor sana pulak. Cantek sangat la tu. Aku tak bawak baju pun. Lenggang kangkung je naik genting. Yang suami tercenta pun tak bajet nak tido sana. Gasak la, naseb baik sana sejok ajer. Kalau panas, memang bau tak ingat la.. huhuhuhuhu...

Untuk suami tercenta, aku belikan dia kek dan sehelai baju sempena annivesary kami. Dia terkejut guk sbb dia xbajet aku ada something tok dia. So, besok nyer dia boleh pakai baju baru tok jejalan area genting. Kebetulan.... dan aku lak, pkai bju semalam.. ~ngeeeee....

Besok nyer kami jalan2 kat area genting. Nak main jgn harap la. So di sebabkan kesian kat aku dan di tambah ketidak beranian suami tercenta menaiki benda-benda yang di katakan agak mengarut di sana, kami just pusing-pusing jer. Tapi aku sempat masuk rumah hantu dorg. Best jugak tgk spupu2 macho menjerit sebab tekejut. Hahahha, memang kelakar sangat.. Tp hantu yang nak takutkan ktorg dah di beri warning jgn wat seram-seram sangat. Takot aku terberanak pulak.. hadoi...

Turun KL dalam petang.. Memang penat n letih sangat. But i really enjoy it.. Tp without my lil princess dat day trasa jugak. Xper sayang.. Next time kita p sama-sama yerk!!!

Monday, June 27, 2011

Bila Bergelar Isteri & Mama

25 mAy 2011~Pejam celik, pejam celik bulan depan Aleesya dah masuk setahun.. Dan baby dalam perut nak masuk lapan bulan.. Wah.. cepat tol masa berlalu.. Bulan depan jugak Aku ngan suami tercinta dah mengikat kasih selama 2 tahun. dah 2 tahun bergelar bini org dan setahun bergelar mama... Macam tak percaya jer.. kikikiki.. Biasa la, muda remaja lagi.. ahakssss 

Aku rasa seronok jadi seorang isteri bila ada seorang suami yang melindungi, memahami, caring, dan kadang-kadang nakal. Kalau baik sangat xbest jugak. Tp tak semua orang perfect termasuklah aku dan suami tercenta. Namun, aku dah cukup bersyukur mempunyai suami seperti dia... Memang mencabar jadi isteri dia sebab dia bukan org melayu cam aku.. Mamak mari.. Dorang ada bahasa dorg sendiri.. sampai sekarang pun aku still xpaham. Kalau yg mudah-mudah tu boleh la. Bila dorg start cakap bahasa malbari,  tercengang ler aku sensorg.. huhuhuhu.. Dan suami aku, sgt memahami.. dia kalau boleh tak kan biarkan aku sorg tenggelam mcm kapal selam bila bersama keluarga nya yang besar tu.

Cara hidup dorang xbyk beza dgn orang melayu kita. Sama jer. Cuma tatatertib tok kaum perempuan tu lebih sikit. Macam perempuan dulu2. Nwy, ada baik nyer sumer tu. Apa yang aku rasa baik dan aku leh terima aku akan praktikkan. Kalau tak, pepandai ler nak hidup..hihihihi.. So far, sepanjang perkahwinan kami aku banyak belajar, banyak tanggungjawab dan aku enjoy walaupun kdg2 pahit tok telan. Nak wat camner. Nak tak nak kena pikir tok jangka masa yang panjang.. So, sila jangan berpikiran cetek yek!!

Bergelar sorang mama pula adalah satu penghargaan yang paling bermakna dalam hidup & perkahwinan aku. Dia mana perasaan itu selalu nya akan dirasai bila bergelar seorang mama.Yang buat aku rasa diri nh sgt special dan lain dari org lain bila Aleesya menangis, dia nak aku yang tenangkan dia. Dia nak aku yang hug dia.Dia nak aku yang pujuk dia. Macam bagi dia tak ada orang lain yang boleh berhentikan dia dari menangis selain dari aku. Dan ini telah menimbulkan rasa cemburu di hati suami tercenta... hahahaha... Mungkin bg org lain ini biasa, tp bg aku ini lah istimewanya ikatan seorang ibu dan anak. Kadang2 macam bangga jugak.. yelah, aku sorg jer boleh tutup mulut si kecik Aleesya tu..  muahahahhaha..

Selain suami tercenta, anak banyak merubah hidup aku, attitude aku, kefahaman aku, pemikiran aku dan banyak lagi. So, kawan2 yang belum kawen tu cepat-cepat lah kawen. Rasailah hidup sebagai seorang isteri dan seterusnya mama.. hidup sebagai seorang  Nenek, atok tu tuggu bila ank dah kawen pulak.. Time tu boleh lah rasa macam mana ada cucu pulak. Semoga kita dipanjang kan umor dan di murahkan rezeki selalu kan??? insyallah, aminnnn...

Dan untuk mama punya coming baby, harap kamu sihat-sihat dan ceria selalu. Alhamdulilah sepanjang aku ngandungkan si kecik dalam purut nh, dia tak buat ragam. Aku makan macam biasa. Tapi aku suka benda yang manis. Masam-masam aku tolak tepi. Pastu aku kuat makan. Berat naik sampai kena pantau dek nurse tp bila scan doktor kata baby dalam purut kecik. Hhuhuhu, tgk perot aku pun dah tau. Ntah la, malas pulak nak byk pikir. 2 bulan jer lagi, rasa macam xsabar la pulak.. Tp, Dalam tak sabar tu pun sebenarnya takut pun ada. huhuhuh.. nak beranak kot. Semoga di permudahkan segala nya.